Nuffnang Gadget

May 17, 2015

JJCM : Restoran Golek-Golek Ikan Bakar Sambal Petai...

Sebenarnya Restoran Golek-golek Ikan Bakar ni salah satu searching word yang popular kat blog Alycia...
kalau tengok statistik tu ada je yang carik Restorang Golek-golek ni...
ok, jom Alycia share semula entry yang pernah Alycia buat untuk restoran ni...
rasanya masa ni bulan puasa tahun 2014...
mana tau hujung-hujung minggu ni boleh santai-santai bersama family makan-makan kat Restoren Golek-golek kan...

-------------------------------------------------------------

ok, ni cerita berbuka puasa yang lepas di Restoran Golek-golek...
tapi al-maklumlah ahkak Alycia sekarang kejap ok kejap malas ha tu jadi entry tertangguh tu...

ni kira berbuka puasa pertama untuk bulan puasa lepas...
saje nak try test kot-kot buka puasa kat luar muntah-muntah lagi ke tak...
Alhamdulilah, rasa ok dan dah boleh lah continue nak makan-makan kat luar lepas ni...

ni pun masa nak on da way pergi baru sibuk google dan search nak book tempat...
nasib masih ada tempat kosong lagi...

ok, bagi yang nak tau Restoran Golek-golek ni lokasi seperti di bawah :

Restoran Golek-Golek Suasana Kampung
Lot 2074, Lingkaran Tengah 2, KM10, Gombak, 68100, Selangor.

memang betul-betul tepi jalan MRR2 kalau dari tol Gombak nak ke KL...

-- ni signboard di pintu masuk... tapi kena naik bukit tinggi sikit baru nampak restoran ni --

-- sampai-sampai terus posing --

sebenarnya tadi Alycia ada google pasal restoran ni...
rumah Melaka yang di gambar tu adalah rumah Melaka sebenar yang dipindahkan dari Melaka ke sini... dan pemilik restoran ni adalah milik novelis terkenal Ahadiat Akashah bersama isteri dan adik iparnya...
memang damai sangat suasana kat sini...
macam rasa duduk kat kampung...

Makanan yang kami order malam tu adalah ....

-- ikan bakar sambal, udang goreng butter telur masin, sup ayam dan telor dadar ... Adam cakap sup ayam sedap, habis semangkuk dia sorang makan --


-- sebenarnya ikan bakar sambal ni letak petai, tapi sebab Alycia pregnen ni tak suka bau petai so request tak nak letak petai --

-- udang butter telur masin ni memang sedapp --

-- sementara menunggu waktu berbuka puasa --

So, korang bolehlah try makan di sini ...
Restoran Golek-golek ni dibuka hari Jumaat sampai Ahad ajer, dari jam 6.00 petang hingga 12.00 malam...

memang fully recomended ;)


8 yang komen:

Farah Waheda Wahid said...

Restoran Golek2 ni memang best dan menarik... bila makan kat situ rasa macam kat kampung betul...he he he...

mama tisya said...

ada tgk tp blum singgah..hubby ada ajk gk pegi..oh restoran ni ahadiat akasha punya ek

Hafiz Hafizol said...

Ahadiat Aqasha pemilik restoran. patutlah vough semacam huhu \0/

Nad MamaZN said...

wowww ahadiat akashah! feveret writer tu dulu hehe...
nak try la p tmpt ni

Ann said...

cantik rpnye atas tu...tgk tinggi sgt naiknye xrasa nak singgah tp ble akak review ni ok..harus try nnti...

tiey smilez said...

Wah sedapnya. Dah lama xmakan ikan bakar :)


My recent post : Homemade Inai Berbahaya!

Mia Liana said...

wahhh... selera kampung ni... belum pernah sampai lagi...

Azhafizah Md Nor said...

menariklah tempat ni..boleh try makan kat sini kan

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com