Nuffnang Gadget

May 31, 2015

Minum Air Suam Bersama Hirisan Lemon...


Alycia memang suka minum air suam + hirisan lemon...
selalu di rumah selepas makan nasi atau waktu malam, mesti nak minum air suam dengan hirisan lemon...
selain daripada rasanya yang tak bosan sebab ada rasa masam-masam, nampak cantik ala-ala kat hotel kan hehe...

Saje jer nak google tadi kebaikan minum suam putih dan hirisan lemon...

Antara manfaatnya pada kesihatan tubuh badan adalah :

Menambahkan tahan ketahanan dalam badan
Lemon kaya dengan Vitamin C dan juga Kalium (potassium) yang amat diperlukan badan. Vitamin C juga bagus untuk melawan demam manakala Kalium mampu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah dengan betul. Oleh yang demikian, amalkan meminum segelas air suam dicampur sehiris lemon untuk dijadikan minuman selepas bangun tidur kerana ketika itu, perjalanan dan urat baru mula berasa tekanan kerja. 

Keseimbangan PH
Lemon merupakan makanan berakali tinggi yang menakjubkan. Percaya atau tidak, lemon bertindak sebagai asid sendiri, tetapi di dalam badan kita ianya alkali (asid sitrik tidak wujud sebagai asid semulajadi setelah metabolisme kita meningkat). Jika anda ingin tahu, keseimbangan alkali dalam badan merupakan kunci kepada kesihatan diri. 

Membantu masalah mengurangkan berat badan
Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang sedikit gempal, amalkan rutin harian ini untuk memiliki tubuh badan yang diidamkan, kerana lemon mepunyai khasiat serat pektin yang tinggi, dimana ianya mampu melawan kelaparan. Ianya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal alkali di dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan mudah. Oleh yang demikian, bagi mereka yang gemar makan berat di waktu malam, amalkan rutin ini agar kawalan perut anda berada dalam keadaan seimbang.

Masalah penghadaman
Bagi mereka yang berasa ada makanan yang tersekat di ulu hati, cuba tip ini, kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat di ulu hati, manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin yang membantu perjalanan sistem penghadaman anda. 

Pembersihan air kencing
Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak diperlukan badan kerana lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam satu-satu masa ( ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik) . Oleh yang demikian, jika anda amalkan minum Jus lemon, tahap kebersihan air kencing anda akan meningkat dan sihat.

(Sumber di SINI)

Nak lagi mudah buat air lemon ni, beli sebiji lemon dan siap-siap hiris dan letak dalam bekas...
lepas simpan di peti ais...
setiap kali nak buat air ambik je hirisan lemon tu letak dalam air...
dah jimat masa dan tenaga kan hehe ;)

2 yang komen:

Siti Hajar said...

Blogwalking sini :)
selalu minum air ni. Cuma, musim panas sekarang ni, minum dengan diffuse water - jadikan sejuk. tak suam.

adianiez AIDA said...

byk kali aida nak buat difused water gini.
kata nyer bagus kan utk detox.
but tak terbuat lagi hu huhu...
aida oh aida :)

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com