Nuffnang Gadget

May 4, 2015

Sebulan Aliff Di Taska...

Alhamdulilah, harini genap sebulan Aliff tinggal di taska...
sebenarnya proses nak sesuaikan Aliff di taska tu bukannya mudah...
yang penting kena banyak bersabar dan try to resolve setiap masalah...

Alycia mula hantar Aliff di taska seminggu sebelum Alycia start kerja...
maksudnya sebagai tempoh pengenalan bagi Aliff...
yelah sebelum ni dah 3 bulan tinggal dengan mama dia...
ni nak tinggal dengan orang lain memang lah satu pengalaman baru bagi dia...

hari pertama hantar, dapat bertahan sampai pukul 1.00 thari je...
lepas tu cikgu taska dia call cakap Aliff nangis kuat...
cikgu cakap Aliff tak nak minum susu botol dan tak nak tido...
sebab bising kot dengar suara budak-budak...

-- ni hari pertama masa ambik dia kat taska... tengok sedih je muka dia tido --

hari ke-2 dapat bertahan pukul 3.00 petang...
pastu teacher dah call kata Aliff menangis kuat, tak nak tido tak nak minum susu...

lepas tu hari ke-3 barulah lega sikit sebab Aliff dah kurang dah menangis...
dan yang paling happy dia dah nak minum susu EBM yang mama bekalkan kat dalam botol...

-- ni hari ke-3 masa ambik dia dari taska... muka sudah ada sikit senyum --


dan hari ke-4 memang dah cakap dengan cikgu dia nak try sampai petang macam biasa balik dari kerja...
sebab nak tau betul-betul berapa sukatan susu yang cukup untuk dia minum...


ni preparation stok susu EBM untuk Aliff...
total ada 16 auns...

1 dalam botol susu tu 2 auns dah siap panaskan...
no 1 - no 5 (2 auns setiap botol)...
lepas tu dalam 1 botol Extra tu Alycia letak 4 auns (2 kali minum)...
sebab ada masa dia dapat habis semua botol termasuk Extra...
ada masa habis sampai botol 5 je...

Alhamdulilah, semua berkat belajar dari pengalaman...
memang lah rasa sedih tinggalkan anak di taska...
tapi nak buat macam mana, kita pun ada tuntutan tugas...
yang penting doa dan doa semoga semuanya dipermudahkan olehNya...
Amin...

3 yang komen:

MG schmidt said...

tkpe
aliff good boy je kt taska mama...hihi :)


btw, jmput joing GA MG for mother;s day :)


http://melangkaugarisan.blogspot.com/2015/05/mothers-day-giveaway-sponsored-by.html

Ainim Suju said...

semoga dipermudahkan untuk baby ya

Azhafizah Md Nor said...

Aliff baru nak rasa suasana baru ni..Aliff kan good boy macam abang adam :)

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com