Nuffnang Gadget

June 30, 2015

Ramadan Ke-9 Hingga Ke-12...

nampaknya dah semakin cengelat nak update haha...
dulu dah azam dah sebelum puasa nanti nak update setiap hari menu Ramadan...
tapi akhirnya adoiii...

oklah, malas nak citer...
untuk Ramadan ke-9 hari Jumaat tu...
memang misi menghabiskan stok lauk kat dalam petiais...
sebab hari Sabtu tu dah nak balik kampung yahoooo...


itulah menunya untuk Ramadan ke-9...

sup sayur menghabiskan sayur-sayur hijau dalam petiais...
ikan goreng sambal cili api menghabiskan stok ikan...
dan lebihan telur puyuh masa buat salad haritu...
pastu tengahari tu pergi Alamanda kejap nak cuci kereta...
ternampak pulak Dunkin Donut...
terus beli sebab teringat en Ajip memang suka makan donkin donut perisa Bevarian...
malam tu jer abis 3 ketoi huhu...

Ramadan ke-10 hari Sabtu...
dah plan dengan adik-adik semua nak buka puasa rumah mama kat kampung...
seronok tau nak berbuka ramai-ramai dengan adik-adik dan anak-anak buah...
mesti kecoh nanti tu...
pastu dah cakap kita potluck...

Menu Alycia dari rumah bawak balik kampung :

-- daging masak kicap... ni feveret Abd Adam ni... sampai 2 kali dia tambah nasi masa berbuka tu --

-- bubur jagung ... lama dah tak makan bubur jagung ... teringin nak buat --

-- ha ambik... bila dah kumpul-kumpul menu masing-masing... ada yang masak ada yang beli --

Alhamdulilah, yang penting jangan membazir...
ingat kat luar sana masih ramai orang yang kelaparan...

Hari ke-11 hari Ahad tu balik dari rumah mama...
masa tu gerak petang...
dah cakap dengan en Ajip kita tengok nanti nak bungkus kat bazaar ke nak buka kat luar...
tengok condition Aliff sebab Aliff tak berapa sihat selsema...

sampai kat area kajang lebih kurang pukul 6.30...
terus decide buka kat luar je kat Ramal Food Junction...
lagi pun Abang Adam sibuk nak makan nasi lemak...

sampai kat situ dah cop meja semua, kita pergi pilih menu...
tapi takde pulak nasi lemak...
akhirnya Abang Adam kata nak nasi Ayam...
mama pulak pilih satay willy dan Nasi Goreng Sotong...
Papa pilih mee wantan sup...

-- menu nasi Ayam untuk Adam --

-- satay willy pilihan mama... order 10 je pun... tu pun tak abis --

-- tetiba tuan blog nak tepek gambar hehe --

Hari Ke-12 semalam tak masak pun...
beli je sebab Aliff tak sihat...
so piccanya nan ado...

okeh, harini pulak dah cakap dengan Adam nanti mama tapaw lauk kat kedai semalam lah ye...
Adam cakap alah mama masak lah ...
huhuhu tak fikir menu lagi ;(


3 yang komen:

syawalsimpsons said...

seronok bila ada yang makan makanan kiter kan

Normi Nieza said...

seronok kalau mkn ramai2..:)

Azhafizah Md Nor said...

dulu masa stay bangi selalu makan kat ramal food junction ni..banyak pilihan.tapi selalu makan tauhu bakar kat situ..sedap.

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com