Nuffnang Gadget

June 5, 2015

Risau Berat Badan Aliff Naik Sikit...


hari Rabu haritu Alycia bawak Aliff pergi check up untuk 5 bulan...
tapi sedihh sikit sebab berat badan Aliff tak naik banyak...
naik sikit jer...

berat 5 bulan sekarang 5.45 kg...
graf pun dah menunjukkan ke garisan kuning = Kurang Zat Makanan (KZM)...

lepas tu kena jumpa doktor di Klinik Kesihatan dan doktor buat surat refer ke Pakar Kanak-Kanak Hospital Putrajaya...
tu yang buat mama risau ni...
sedangkan Aliff fully breast feed...
tak tau sama ada dia kurang minum susu atau susu badan Alycia tak cukup zat makanan yang diperlukan...

tapi Aliff aktif lagi-lagi bila dah dapat meniarap ni huhu...
kalau malam dia bangun jugak minum susu pastu tidur lena...
adalah 3 kali malam dia bangun minum susu...
di taska cikgu dia kata dia habis minum 6 botol susu yang dibekalkan...

Alycia nak minta pandangan kawan-kawan kot-kot pernah mengalami situasi macam Alycia...
bolehlah bagi cadangan atau pandangan...
sharing is caringkan huhu...

tengkiu in advance friends...


3 yang komen:

Farah Waheda Wahid said...

berat badan Ash selama 1 tahun 6 bulan ni di atas par kak alycia walaupun orangnya kecil molek, tapi tulah sejak melasak ni badan dah susut sikit, tu pun risau, terus bawa jumpa pakar kanak-kanak dan diberi multivitamin sebagai supplemen tambahan...

nak tanya pendapat tu memang tak dapat nak beri pendapat, sebab tak pernah mengalami situasi sebegini, Farah pun nak belajar dengan kak Alycia juga ni...he he he...

cik Anggur said...

sekadar brkongsi pengalaman...ada ank kawan kawan su yg alami masalah yg sama....standard bdk mcm kita jugak ada masa berat naik ada masa statik ada masa turun...selagi mana susu dia minum mcm biasa...aktif pn mcm biasa tk de mslh....aggp ja dia brubh bulan nk dpt akal baru... :) normal bnda nie

tpi kalo dok naik ciput ciput brbulan2 elok la tanya pndapat pakar mcm mana nk settle... & nnt share ek info yg pakar bgtau tu...

adianiez AIDA said...

ijat pun berat ala-ala juga dulu kala.
kurang berat.
tapi sebab dia sihat, x pernah plak doktor poliklinik refer ke spital.

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com