Nuffnang Gadget

July 7, 2015

Ramadan 17 ~ Buka Puasa Di Kampung...

ok cerita pasal Ramadan ke-17...
Jumaat malam tu dah balik ke kampung en Ajip kat Kuala Pilah...
misi nak carik kuih sopang punya pasal...

bila balik Kuala Pilah ni, dah teringat dah kat rendang ayam campur daun puding...
dah cakap dekat en Ajip nanti nak minta mak mertua masakkan boleh tak hehe...

hari sabtu tu pagi-pagi dah pergi pasar tani kat pekan Kuala Pilah...
pasar tani kat sini memang best...
macam-macam sayur kampung ada...
boleh buat stok bawak balik Putrajaya...

ok, ni request dari kami anak-beranak :
en Ajip nak kuih sopang...
Alycia nak rendang ayam + daun puding...
Adam nak gulai siput sedut...

kebetulan kuih sopang tu mak mertua teringin nak buat...
terus lah menuntut ilmu dengan mak mertua macam mana nak buat kuih sopang...
kata makanan kesukaan suami...
haruslah belajar, Resepi Memikat Suami... Suami kita ajer !! haha

-- kalau siapa tak tau kuih sopang ni ala-ala kuih badak berendam tapi bentuk lonjong sikit... yang tu yang baru dibentukkan... dalam tu isi inti kelapa --

-- ni yang dah siap kukus dengan santan pekat... sapa-sapa orang Kuala Pilah atau kawin dengan orang Kuala Pilah mesti tau kuih sopang ni --

-- ni rendang ayam + daun puding ... bestnya mak mertua ku masakkk --

-- gulai siput sedut permintaan Abang Adam... eh abang Adam ni walaupun duduk bandar, tapi selera kampung... setiap kali balik Kuala Pilah tulah lauk yang dia mintak wan pilah masak --

petang tu ajak en Ajip merayau kat Bazaar Ramadan...
kat sini baru seronok nak carik kuih-muih yang jarang dapat makan...
memula pergi kat Bazaar Ramadan Batu Kikir...
lepas tu ke Bazaar Ramadan Kuala Pilah...
ha, sampai 2 bazaar kitaorang terjah...

-- tulah menu berbuka kami... lauk yang wan masak + juadah yang beli kat Bazaar Ramadan --

time nak berbuka si kecik Aliff ni sibuk pulak nak tido...
potong lah mama baru nak feeling masak lauk wan masak...
terus angkut tilam bawak ke dapur...

-- baring kat situ jap yer Aliff... mama nak merasa lauk wan masak ni... sodapppp --

ok, tu cerita berbuka kat kampung kami...
walaupun sesekali dapat berbuka kat kampung, tapi nikmatt ;)


5 yang komen:

Cho Zila said...

yer.. yer.. cam kuih badah berendam...
nak serupa tak sama kot...
dulu2 banyak kuih tradisional yang sedap2 belaka..
yah belajarlah resipi2 dari mak mertua yerk..

Normi Nieza said...

sdapnya..:)

Eka Tikah said...

first time dengar kuih sopang. a'ah nmpk mcm badak berendam. hehe

adianiez AIDA said...

ilmu baru aida ~ kuih sopang.
kuih nismilan la ni eh?
nanti nak tanya mak.
tau tak kuih ni.
mak org nismilan kat pulau sebang :)

Azhafizah Md Nor said...

memang sodap..eh samalah kita, kalau teringin nak makan request kat husband dulu bgtau MIL..nak cakap sendiri segan =__='

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com