Nuffnang Gadget

July 28, 2015

Raya Pertama Di Kuala Pilah ...

Alhamdulilah.. 
syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan menyambut Aidilfiti kalini bersama family tersayang...
memang tahun ni turn raya di rumah en Ajip kat Kuala Pilah...
kitaorang walaupun sama-sama Negeri Sembilan tapi tetap ikut sistem giliran...

dan tahun ni bertambah seri sikit sebab ada sikecik adik Zhafran ni...
ehh, sekarang dah tukar nama panggilan Zhafran...
sebab atok sedara cakap dia asyik demam jer, agaknya nama panggilan tu berat sangat...
so, suggest panggil Zhafran...
kita ikut jerlah mana yang elok untuk anak-anak kita ...

macam biasa kalau raya kat Kuala Pilah suasananya lain sikit...
pagi-pagi bangun tidor siap-siap nak sembahyang raya...
pastu ziarah kubur arwah ayah mertua...
pastu balik rumah baru ada acara salam-salam dan bermaafan...

-- walaupun hari-hari mintak maaf cium tangan laki, tapi bila hari raya feeling tu macam lain sikit... syahdu sikit sebab banyak buat salah kan --

-- abang Adam pun sekarang dah faham raya kena salam cium tangan dan dapat duit raya, tak salam tak dapat duit raya haha --

-- dah besar dah anak bujang mama.. tahun depan dah nak darjah 1 dah --

-- amboi kemain lagi dia cium adik dia --

-- kalau belah en Ajip anak buah dah besar-besar... kakak shira ni dah 19 tahun dah... tak lama lagi sok mesti Alycia dah nak jadi nenek haha --

-- ni sepupu Zhafran abang Nazrin.. beza 2 minggu je pun usia dari Zhafran.. tapi sebab Nazrin lahir bulan 12 kenalah panggil abang --

-- last letaklah gambar hero-hero mama ni... amboi kemain lagi sikecik tu --

baru perasan tak snap picca makanan ...
kalau kat Kuala Pilah macam biasa mak mertua masak rendang ayam, lemang, kuah kacang dan ketupat nasi ...
rendang daging pun ada kakak ipar buat...
Alycia balik kampung bawak balik kuih raya jer hehe...

kami kat Kuala Pilah sampai raya ke 3...
raya ke 3 balik kat rumah family Alycia di Mantin, Negeri Sembilan...

ok, pasni sambung lagi...


4 yang komen:

Normi Nieza said...

selamat hari raya alycia..:)

Farah Waheda Wahid said...

wahhh seronoknya mereka beraya di kuala pilah...lama dah tak jejak pilah...mesti banyak perubahan dah tu kann?

Azhafizah Md Nor said...

fiza kat pilah raya pertama je..memang tak sempat nak beraya mana pun.ohh sekarang kena panggil zhafran ye.

Cikna said...

Salam syawal, kat pilah lemang mmg wajib+rendang hijau, craving ni....;-/

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com