Nuffnang Gadget

August 20, 2015

Aliff Zhafran Dah 7 Bulan...

Harini genap usia Aliff Zhafran 7 bulan 14 hari...
tapi bila masuk 7 bulan ni memang nampak sangat perkembangan dia...
semua benda dia nak buat...

genap umur Zhafran 7 bulan masa 6.7.2015 haritu Zhafran demam...
sian dia... orang tua-tua kata demam nak buat kerja...

-- alololo anak mama dah 7 bulan yer --

tapi memang betul pun dia nak buat kerja...
lepas elok demam jer terus dapat merangkak, berdiri (berpaut pada kerusi), duduk dan memanjat ...
lasak pun boleh tahan dah nampaknya...

-- ni cubaan untuk berdiri kat kerusi --

-- tengok muka happy bila dapat berdiri --

-- yang memanjat macam ni memang buat mama seriau tengok dik... dah berapa kali dah dia memanjat meja belajar Abang Adam ni --

7 bulan ni pun Zhafran memang dah start makan bubur...
masa 6 bulan haritu bagi sikit-sikit jer bubur tambah sayur macam carrot, brokoli atau buatkan puri buah macam puri pisang, betik, epal dan pir...
tapi bila 7 bulan ni Alycia try bagi bubur campur dengan bahan-bahan protein pulak macam ikan bilis dan ayam...
nampaknya Zhafran suka makan...
tak menolak bila bagi makan...
ni bila dah 7 bulan dah bagi 3 kali makan bubur dah...
sebab cikgu kat taska kata dia nak makan kalau tengok orang lain makan...

-- masa ni makan bubur + carrot --

Mama doakan anak mama sentiasa sihat... ceria, cepat-cepat jalan haha...
tak larat dah mama dukung dia sebab melasak bukan main...

-- suka kalau cakap dik cepat ambik gambar... amboi, dia dulu senyum --

" kalau kat ofis pandang gambar anak rasa eiii nak cepat balik..."

3 yang komen:

Mirabeads azi said...

kejap jer kan anak-anak ni membesar

Azhafizah Md Nor said...

pantang tengok camera ye Zhaffran ni..comel dia senyum.

Nurul Aula A'Akif Fadzil said...

sep sikit hahah samalah.
COmel sangat dia ni. Takpan nak membesar kan.

Petua hilangkan batuk paling sempoi

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com