Nuffnang Gadget

August 4, 2015

Gulai Ikan Tenggiri Dan Peria Katak...

sejak lepas raya ni, lama betul rasanya Alycia tak masak gulai lemak cili api...
dah tekak orang Negeri Sembilan kan, nak tak nak mesti nak pekena jugak masak lemak cili api...
teringin nak makan lemak ikan tenggiri campur dengan peria katak...
sedapppnya, sambil menaip ni pun telan-telan air liur dibuatnya haha...

Bahan-bahannya :
2 keping ikan tenggiri
2 biji peria katak (potong kecil dan rendam dengan air garam nak bagi kurang rasa pahit)
10 ulas cili api *
1/2 inci kunyit hidup *
1 ulas bawang putih *
2 batang serai - titik *
santan - RM 2.00 
Asam keping - setengah keping

Cara-cara Memasak :
1. Bahan-bahan bertanda * ditumbuk lumat
2. Masukkan ikan tenggiri dalam kuali dan bahan-bahan tumbuk serta asam keping
3. Gaul rata dulu dan masukkan santan
4. Tunggu sehingga santan menggelegak baru masukkan peria
5. Masak sampai peria empuk
6. Jangan lupa perasakan dengan garam halus dan Cukup-cukup RASA nak bagi sedap


Nenek Alycia ajar kalau dah menggelegak tu, kecilkan api dan kacau dalam 10 minit..
Bagi santan tu pekat cantik dan berminyak..

Untuk Adam pulak, mama dah siapkan salad telor rebus dan timun...
ni memang feveret dia ni...
lagi-lagi kalau telor rebus tu tuang sos...


ok, cukuplah tu jer lauk untuk makan malam...
tu pun dah selera makan, tak sedar tertambah 2 kali huhu...
lepas-lepas raya ni penat lah nak masak banyak-banyak...
lagipun kena makan bagi habis, jangan membazir...
sekarang semua kena JIMAT kan ;)


3 yang komen:

Azhafizah Md Nor said...

sedap ikan tenggiri masak lemak cili api..memang bertambah makan ni

wan muliani said...

Lahaiii terliurrnyaaa.. Nk try buat skali jd tak hehehe

Eka Tikah said...

gulai ikan tenggiri tu fav kite. sedapnyeee kak. hehe

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com