Nuffnang Gadget

August 21, 2015

Gulai Tempoyak Udang...

Assalam...
salam Jumaat yang barakah untuk semua...

harini nak share masak gulai tempoyak udang ...
lama dah teringin nak makan...
dulu masa mengandung tak suka makan tempoyak...
pastu lepas bersalin takut lagi nak makan tempoyak sebab Zhafran breastfeeding...
sekarang ni pun masih breastfeeding tapi sebab dah besar dah 7 bulan beranikan lah diri makan...
so far Alhamdulilah, Zhafran ok jer...

jomlah Alycia share resepi kot-kot ada yang nak try mas weekend ni kan...

Bahan-bahannya :
1 mangkuk udang - bersihkan dan toskan
3 sudu besar tempoyak
2 - 3 helai daun kunyit (mayang halus)
10 biji cili api * (nak pedas boleh tambah)
2 batang serai (dititik)
1 ulas bawang kecil *
sedikit kunyit hidup *
2 cawan santan

Cara-cara Memasak :
1. Bahan-bahan bertanda * ditumbuk lumat
2. Masukkan udang, tempoyak , serai dan bahan tumbuk dalam kuali dan gaul-gaul hingga sebati.
3. Masukkan santan. Masak sehingga menggelegak.
4. Bila dah menggelegak bolehlah masukkan daun kunyit.
5. Bolehlah rasa sama ada masam atau tidak. kalau tempoyak tu masam boleh tambah gula sikit.
6. Jangan lupa perasakan dengan garam halus dan Cukup-cukup RASA nak bagi sedap.

-- ni masa dalam kuali tunggu santan masak --

-- tadaaaaaaa, siap dah gulai tempoyak udang --

Ni makan dengan nasik panas-panas sedapnya...
takde lauk lain pun takpe...
sambil buat entry ni sambil kecur air liur haha...


5 yang komen:

Roziah Muhammad Nor said...

bestnya. terus rasa lapar.

Fai Nardir said...

udang takde, kita try gulai tempoyak ayam lah.. confirm sedappp ni. hehehe...

Azhafizah Md Nor said...

dulu suka..tapi sejak tak makan durian ni memang tak makan benda yang berasaskan durian :)..tapi penggemar tempoyak mesti suka ni kan

Syima ~Mama Kyra~ said...

sedapnya..kita pun suka tempoyak udang tp tak penah try buat sendiri..merasa yg mak mertua masak :)

Aniey Yusoff said...

yumm...yummm sedapnya...

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com