Nuffnang Gadget

August 13, 2015

Hari Terakhir Bersama Lady Boss ...

Hari Jumaat lepas adalah hari terakhir bersama Lady Boss Puan Rohani merangkap Ketua Seksyen Pengurusan Sistem Maklumat kat ofis Alycia...
sedih sebenarnya sebab Puan nak berpindah ke MOSTI...
Puan berpindah pun sebab naik pangkat...

selama 7 tahun bekerjasama jadi anak buah Puan memang akui Puan seorang bos yang sangat baik...
bos yang selalu monitor kerja-kerja anak buah...
kalau Puan tak puas hati Puan tak pernah melenting tapi akan panggil tanya sebab dan kenapa...
Puan pun sangat protective pada semua anak-anak buah...
kalau ada kerja yang tidak berkaitan dengan seksyen kami Puan akan cakap ...
then Puan selalu bagi nasihat dan teguran pada anak-anak buah dia jika dia tak suka...

memang sejak Puan takde ni terasa sangat...
walaupun bakal ada boss baru tapi tak sama dengan Puan Rohani...

-- ni masa hari terakhir dengan Puan Rohani (tudung pink) --


Buku yang Alycia hadiahkan untuk Puan Rohani...
tak tau nak bagi apa sebenarnya sebagai tanda kenangan dan terima kasih...
lagipun tau Puan Rohani suka membaca...
pagi-pagi sebelum mula kerja pasti ada bahan bacaan atas meja Puan...

-- gambar kenangan di bilik Puan masa jamuan hari raya ofis --

time ni kita panggil ex-ofismate Seksyen Pengurusan Sistem Maklumat yang berpindah atau bertukar keluar dari ofis...
so adalah sampai 3 generasi yang bertukar tu...
tu yang jadi ramai...
tapi tetap berkawan dan ramah-tamah lagi semuanya...

suatu hari Alycia pun pasti akan tinggalkan ofis ni jugak...
tapi memang kenangan kat ofis ni tak dapat dilupakan sampai bila-bila ...


1 yang komen:

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com