Nuffnang Gadget

August 7, 2015

Sambal Terung Kicap ...

Alycia tengok sambal terung kicap ni masa terlayan Diari Mangkuk Tingkat kat Astro Ria yang dihoskan oleh Ili masa bulan puasa haritu...
masa tu Ili masak sambal terung kicap ni nak bawak ke rumah Keith Foo...
adoiii, terliur pulak tengok...


hari Ahad lepas pergi pasar nampak pulak terung panjang ni...
terus teringat nak masak...

jom Alycia share resepinya (tapi dah olah sikit ikut suka hati Alycia)

Bahan-bahannya :
2 biji terung panjang (potong nipis)
1 biji bawang besar (hiris)
2 ulas bawang putih *
10 biji cili api * (nak pedas boleh tambah)
2 sudu besar kicap manis 

Cara-cara Memasak :
1. Bahan-bahan bertanda * ditumbuk lumat
2. Masukkan 1 cawan minyak masak dalam kuali. Goreng dahulu terung yang telah dipotong nipis. Goreng separuh masak lepas tu angkat
3. minyak yang tinggal tu boleh masukkan bahan tumbuk dan bawang besar yang telah dihiris
4. Bila cili dan bawang dah garing, masukkan kicap dan sedikit air.
5. Lepas tu boleh masukkan terong dan gaul rata sampai terong empuk
6. Jangan lupa perasakan dengan garam halus dan Cukup-cukup RASA nak bagi sedap

(Boleh juga digoreng ikan bilis dan taburkan di atas sambal terung ni sebagai hiasan)

Bila dah ada lauk pedas, so tambah 1 lauk lagi...

-- goreng je ayam letak kunyit ni.. laju Abang Adam makan --

kalau korang nak tengok apa lagi yang si Ili ni masak, boleh follow Instagram Ili :
tetiba terliur nak masak dan makan haha...
"bolehlah kot-kot takde idea nak masak apa esok, masak simple-simple pun sedappp kan ;) .."

4 yang komen:

Eka Tikah said...

kalau ade dua lauk ni kat rumah, kite pilih makan ayam goreng kunyit je. sbb kite tak makan terung. hehe ><

Farah Waheda Wahid said...

kak alycia masak apa pun nampak sedappp....

Azhafizah Md Nor said...

sedap masak terung macam tu..lama pulak tak makan terung..akak pulak buat fiza terliur..hehe

nurerna hazwani said...

Macam sedap je......nak trylah...

http://alongwawaerna.blogspot.com

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com