Nuffnang Gadget

September 18, 2015

Aktiviti Di Hari Malaysia...

Assalamualaikum sahabat...
ok entry pagi ni nak cerita aktivit kami di cuti Hari Malaysia...
memang dah siap-siap cakap dengan en Ajip malam tu esok cuti kita tak payah la pergi keluar...
kita duduk rumah jer berehat...
lagi pun jerebu ni susah nak bawak budak-budak keluar...

so, pagi tu bangun pagi dah ada pulak yang request nak makaroni goreng...
siapa lagi kan Abang Adam lah yang pandai request-request nak makan macam-macam...
nasib makaroni ada dalam stok, udang pun ada, carrot dengan saderi pun ada...

-- siap dah pagi tu sarapan makaroni goreng ... post dengan IG ada pulak memberi yang request nak resepi... alahai, kak Alycia masak main campak-campak jer dik --

takpelah, pasni lah share resepi yer dik...

lepas tu mandikan budak-budak...
dan bagi change dia orang main...
mama nak mengemas dan siapkan makanan untuk makan tengah hari pulak...
tengok-tengok kat depan seronok berdua main...
rupa-rupanya abang Adam keluarkan mainan askar-askar dia...
abang Adam susun, adik Zhafran tolong kumbahkan...
Abang Adam cakap adik Zhafran jadi raksaksa...
pengaruh cerita ultraman betul Abang Adam ni haha...

-- main askar-askar sama-sama --

tengah hari tu ingat nak masakkan sup ikan merah untuk diaorang...
Zhafran sekarang dah start makan bubur nasi...
pastu buatkan sup ikan merah, nanti lenyekkan ikan dengan bubur nasi dia...
amboi selera sangat Zhafran makan...
abang Adam lagilah suka sup ikan...
siap request nak kuah banyak-banyak...

-- sup ikan merah untuk budak-budak... eh, yang tak budak pun suka jugak ni --


petang tu cuaca macam ok, dah tak jerebu...
maybe sebab malam tadi ujan, so jerebu kurang sikit harini...
ajak en Ajip bawak budak-budak pergi taman naik motor...
suka sangat budak berdua tu naik motor dapat main kat taman lagi...

-- cap papa dan anak.. dua-dua kepala botak hehe --

-- papa dia suka melayan anak-anak main... mama duduk tepi sambil ambik gambar --

-- cubaan pertama Zhafran main buai baby ni... memula macam takut-takut, pastu suka --

ok, dah 6 lebih jom balik rumah...

itu jerlah aktiviti sempena cuti Hari Malaysia...
tak semestinya cuti nak kena pergi jalan-jalankan...
duduk rumah pun happy, yang penting luang masa berkualiti untuk family...
ok, babai ;)


1 yang komen:

Azhafizah Md Nor said...

wahh..abang adam punya request rupanya.

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com