Nuffnang Gadget

September 29, 2015

Jenguk Di Dapur #ChefMyAlycia...

Assalammualaikum...
lama betul rasanya kak Alycia tak update blog...
minggu lepas cuti emergency sebab Aliff Zhafran kena sakit perut berak-berak...
pastu sambung pulak dengan cuti Hari Raya Aidiladha start hari Rabu tu...
harini baru rasa sempat nak update...

ok, tak tau nak update apa sebenarnya...
blur kejappp...
tengok-tengok dalam galeri kat henfon, ternampak beberapa gambar makanan yang kak Alycia...
terus jer buat tajuk Jenguk Di Dapur #ChefMyAlycia...
hashtag #chefMyalycia tu tak tahan kan hehe...
kot-kot korang tengah carik idea tak tau nak masak apa kan...

-- Ayam Masak Kicap --

Ayam masak kicap camni memang feveret Abang Adam ni...
kak Alycia kalau masak kicap mesti nak letak serai bagi wangi sikit...
pastu letak sos cili+sos tiram + kicap manis...
kalau nak rasa pedas bole tumbuk cili padi sikit dan masukkan masa tumis dengan bawang...

-- Gulai Daging Salai dan Pegaga --

ha, raya-raya Korban ni mesti banyak dapat dagingkan...
bolehlah daging tu dibuat salai...
pastu gulai lemak cili api macam ni...
nak nampak pekat kena masak dalam kuali macam merendang tu...
barulah dinamakan Pilah Style...
feveret en Ajip ni...

-- Nasi Goreng Daging --

Ni pun salah satu alternative untuk menu berasaskan daging...
goreng daging macam daging goreng kunyit tu...
pastu angkat dulu daging...
minyak goreng daging tu terus masak bahan-bahan untuk nasi goreng...
pastu gaul dengan daging yang dah digoreng mula-mula tadi...
feveret en Ajip dan Abang Adam ni...

-- Sambal Ikan Bilis dan Terung Pipit --

tak tau nak masak apa sebenarnya...
asyik ayam daging ikan ayam daging ikan...
masa kat pasar nampak pulak terung pipit ni...
eh, kat kampung kak Alycia panggil terung belimbang... ada yang panggil terung pipit...
dulu kecik-kecik masa kat kampung terung ni buat peluru main polis entry kan kan hehe...
nak buat sambal macam tu senang je...
tumbuk cili api + bawang kecil + bawang putih...
pastu terung tu kena tumbuk sikit sebab nak elak meletup masa goreng...
dah tumbuk terung tu, panaskan minyak dulu, pastu goreng terung sampai garing dan angkat...
pastu goreng ikan bilis sampai garing dan angkat...
pastu tumis bahan tumbuk sampai garing, perasakan dengan garam sikit...
pastu masukkan terung dan ikan bilis gaul-gaulkan...
makan lauk ni jer dengan nasik panas-panas tak perasan dah tambah nasi 2 kali dah huhu...

ok, selamat mencuba yer ;)



3 yang komen:

MNM said...

Nampak sedap mak masak. Bila nak bawa ke pejabat?

Farah Waheda Wahid said...

Bila nak jemput datang rumah nihhhh??? Nak rasa air tangan Kak Alycia yang meletops-letops tuh...

Azhafizah Md Nor said...

semua sedap² dari Chef Alycia :)

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com