Nuffnang Gadget

September 30, 2015

Raya Haji Punya Cerita...

baru nak buat entry raya haji...
punyalah malas kan nak update...
macam mana hari raya haji korang...
mesti meriahkan...

tahun ni kak Alycia raya haji kat rumah Nekma kat Mantin jer...
so, hari Rabu sebelum raya tu dah ambik cuti..
tapi tengah hari baru balik rumah Nekma...
sampai rumah Nekma tengok Nekma tengah merendang daging, nasi impit tengah tenggek atas dapur dan sup tulang dah masak...
memang langkah kanan sangat ni..,
Nekma siap pesan kuah kacang tu dia tinggalkan untuk kak Alycia suruh masak...
eh, ingat dah tak payah masak apa-apa dah hehe...

-- siap dah hidangan untuk raya haji --

Sup tulang, pastu rendang daging, and nasi impit Nekma masak...
kak Alycia masak kuah kacang je..
lemang tu beli...
beli 2 batang je tapi sedap pulak...
suka lemang kecik-kecik macam ni...
kat sana sekarang yang kecik camtu RM 9...

Pagi raya tu Nekma dan en Ajip siap-siap nak pergi sembahyang raya...
Kak Alycia tak pergi sebab suasah nak bawak Adik Zhafran...
sementara diaorang pergi solat sempat siapkan hidangan kat atas meja...

-- sempat diaorang bergambar... yang baju biru tu Nekma, pastu yang baju kuning tu adik kak Alycia dan yang kecik baju puple tu Bismi aanak sedara --

tahun ni sedih tau takde satu pun gambar kak Alycia...
sebenarnya dah siap dah tapi bila Adik Zhafran meragam menangis terus tanggalkan baju dulu tidokan...
pastu nak tukar baju balik dah tengah hari malas huhu...

-- Abang Adam & Kakak Bismi --

-- 3 orang jejaka kesayangan Kak Alycia ... diaorang kata bila Zhafran pakai kopiah macam tu dah rupa mualaf dah cina masuk Islam hehe --

lepas makan-makan en Ajip siap-siap nak pergi tolong orang korban kat masjid...



-- ni gambar sebagai bukti --

siap masuk kat dalam fesbuk lagi tu...
pastu Nekma tengok Nekma cakap rajin menanto den...
berlakon jer tu papa tu...

petang tu jalan raya rumah Makteh kejap kat Mantin...
pastu balik rumah makan dan berehat sampai ke malam...
raya haji bukannya ada orang nak datang sangat kan...

-- ada nasi impit lebih Kak Alycia masak kuah lodeh dan sambal sotong coklat tu --

terpengaruh dengan blog Kak Filla tengok Kak Filla post masa Raya Aidilfitri dulu...
tapi kak Alycia suka kuah lodeh yang pekat-pekat tak banyak kuah...
makan kuah pun becak-becak macam tu je...
Nekma cakap sedap Kak Alycia masak...
kembang hidung kejap hehe...

ok tu je kisah raya haji yang serba-serbi simple...
jumpa di next entry okeh ;)


2 yang komen:

adda syuhada said...

sekali pandang terus telan liur...

Azhafizah Md Nor said...

juadah raya paling sedapppp!

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com