Nuffnang Gadget

September 18, 2015

Resepi Makaroni Goreng...

oklah, meh lah kak Alycia share Resepi Makaroni Goreng ni...
resepi kesukaan Abang Adam huhu...


jom Alycia share resepinya ...

Bahan-bahannya :
1 mangkuk makaroni (rebus dan letak minyak sedikit supaya makaroni tak melekat)
udang (nak guna apa-apa pun boleh, ayam ke sotong ke, daging cincang ke)
carrot dan batang saderi (potong nipis) - kuantiti ikut lah banyak mana
1 biji bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - racik halus
1 sudu besar sos tiram
sebiji telor
sedikit cili flakes (jika nak rasa pedas)
sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara Memasak :
1. panaskan minyak dalam kuali. Lebih elok guna olive oil. Tapi sebab takde kak Alycia guna minyak jagung jer
2.Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis hingga kekuningan
3. Masukkan udang. Bila udang dah nampak separuh masak boleh masukkan cili flakes (ikut kepedasan) dan sos tiram
4. Kemudian masukkan sayur carrot dan batang saderi
5.Hampir empuk boleh masukkan air masak sedikit supaya tak nampak kering dan bolehlah dipecahkan telor ke dalam kuali. 
6. gaul-gaulkan sehingga nampak telor dah hampir masak bolehlah masukkan makaroni yang telah direbus. Balik-balikkan, perasakan sedikit dengan  garam halus dan serbuk Pasti Sedap dan boleh angkat dan dihidangkan.

Tadaa dah siap...
Selamat mencuba yer ;)

3 yang komen:

Farah Waheda Wahid said...

bukan abang adam jer suka, aunty pun suka...tapi kan lagi suka kalau dapat merasa air tangan mama abang adam....

Nad MamaZN said...

sedapnya!

Azhafizah Md Nor said...

sedap! kalau fiza suka guna sos bolognese tu :)

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com