Nuffnang Gadget

September 15, 2015

Zhafran Kena Demam Campak...

Minggu lepas adalah minggu yang kurang happy bagi kami sekeluarga...
sebabnya Zhafran kena demam campak...
terpaksalah mama dan papa gilir-gilir ambik cuti jaga Zhafran kat rumah...

Zhafran start demam Sabtu minggu sebelumnya...
demam panas dah bagi makan ubat tapi panas tak turun-turun...
hari Ahad tu bawak ke klinik swasta terus doktor bagi ubat demam yang lain...
tapi keadaan Zhafran masih sama...
bagi ubat ikut time panas masih tak turun-turun...

risau sama ada nak bawak ke klinik semula atau ke hospital...
bincang dengan en Ajip, terus decide bawak jumpa Paed Doktor Dhillon Di Klinik Kanak-kanak Dhilon di Seremban...

sebelum ni masa Zhafran umur 6 bulan pun pernah bawak pergi jumpa Doktor Dhilon...
Alhamdulilah, memang serasi Adam dengan Doktor Dhilon...
maybe sesuai ubatnya kot...

Dan hasil ujian darah yang Doktor Dhilon buat memang Zhafran ada demam virus...
terus dapat antibiotik, ubat demam dan selsema...

balik tu terus bagi antibiotik...
dan esok tu barulah keluar bintik-bintik merah kat badan Zhafran...
dah sah dah, kena demam campak...
kalau ikut orang tua-tua nak campak cepat keluar bagi minum air kelapa ...
Sekejap jer ruam-ruam di badan keluar lepas tu terus hilang...
Alhamdulilah...

ok, jom kenali serba-sedikit penyakit campak...

Apa itu demam campak?

Demam campak (Rubeola) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan oleh virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan respiratori dan disertai ruam pada kulit.



Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui udara dengan titisan (‘droplet”) cecair daripada mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Walau bagaimanapun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan. Akan tetapi, kebelakangan ini terdapat pertambahan dalam kes-kes campak di bandar utama dengan kemasukan orang asing. Oleh itu, jika seorang kanak-kanak tidak lagi mendapat vaksin dan terdedah kepada individu yang menghidap penyakit ini, maka kemungkinan besar kanak-kanak ini akan dijangkiti virus ini.

Apakah tanda-tanda demam campak?

Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:
Demam tinggi.
Batuk, selesema dan sakit tekak.
Mata berair dan sensitif kepada cahaya.
Sakit otot.

Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak ke bahagian badan, tangan dan kaki.

Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.

(Sumber : SINI)

Alhamdulilah, dah keluar campak tu terus surut demam Zhafran...
tapi kesian rasa tak selesa dan kurang selera nak makan...
asyik menyusu je keje dia...


-- sian dia demam campak, tido je keje dia... badan dan putih sapu dengan Calomine losyen --

"dah seminggu duduk rumah manja dengan papa dan mama, semalam start hantar taska... menangis lah apa lagi hehe..."

7 yang komen:

mama tisya said...

kecik2 kalo kena campak kesian la...kita yg dewasa kalo kena sure gatal kn..smoga cpt baik

mummy_ayu said...

ala siannya..semoga cepat sembuh yer..

Normi Nieza said...

moga zhafran cepat sembuh...

Mizz Aiza said...

semoga zhafran cepat sembuh..

Sophee.Lz said...

semoga cepat sembuh si kecik!

adda syuhada said...

kesian nya...

Azhafizah Md Nor said...

Zhafran kuat..semoga cepat sembuh

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com