Nuffnang Gadget

October 28, 2015

5 Rahsia Percuma Anak Genius Dengan Susu Ibu...

Semalam masa Kak Alycia tengok FB, terjumpa pulak 1 artike yang menarik ni yang dikongsikan oleh Page PA&MA ... 
Dan Kak Alycia salah seorang ibu yang masih menyusukan Zhafran yang kini dah masuk 10 bulan...
Alhamdulilah, semua ni rezeki dariNya kan...

jom, Kak Alycia share dengan korang pasal 5 Rahsia Percuma Anak Genius Dengan Susu Ibu...

-----------------------------------------------------------------------------------------

Rasanya semua wanita yang bergelar ibu sedia maklum tentang kebaikan susu ibu kepada bayi. Seboleh yang mungkin semua ibu hendak susukan anak anda dengan susu ibu sepenuhnya kerana kajian mendapati bayi yang menyusu susu ibu mempunyai IQ yang lebih tinggi serta badan yang lebih sihat.

Otak bayi berkembang dengan pesat semasa dua tahun pertama kehidupannya dan ternyata ia waktu yang amat penting dalam perkembangan dirinya. Kebanyakan kajian menyatakan bahawa lebih lama dan lebih kerap ibu menyusukan anak dengan susu ibu, anaknya akan menjadi lebih bijak.

Kenapa? Berikut adalah beberapa sebab kenapa ibu perlu terus menyusukan anak dengan susu ibu sehingga usia dua tahun atau lebih.

1. Lemak genius

Terdapat "lemak genius" di dalam susu ibu yang dinamakan sebagai asid lemak omega-3 atau turut dikenali sebagai DHA. DHA memiliki fungsi penting dalam pembentukan otak, retina mata dan sistem saraf pusat. DHA di dalam sel tubuh bayi membantu bayi untuk mengkoordinasikan mata dan tangan, mengembangkan kemampuan motorik serta meningkatkan fokus, DHA juga membantu bayi untuk tidur lebih nyenyak, meningkatkan memori dan kemampuan berfikir anak, menyokong perkembangan retina dan menguatkan fungsi visual dan dapat meningkatkan kemampuan belajar dan fungsi kognitif otak anak.


2. Tidak obes

Secara keseluruhannya, bayi yang disusukan selama dua tahun pertama dan dilanjutkan tempoh penyusuannya adalah lebih sihat dan kurang berisiko untuk menjadi seorang yang obes. Bila tidak obes, anak akan membesar lebih sihat, cerdas dan aktif.


3. Mata sihat

Anak juga akan mempunyai mata yang lebih baik berikutan perkembangan otaknya yang bagus.


4. Daya pendengaran baik

Daya pendengaran anak yang menyusu susu ibu juga adalah lebih baik berikutan kurangnya risiko jangkitan telinga.


5. Kulit lembut dan halus

Paling menarik, kulit bayi yang menyusu susu ibu lebih lembut dan halus berbanding yang langsung tidak menyusu susu ibu.


Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapat lima kebaikan tersebut secara percuma ya ibu-ibu. Teruskan menyusukan anak selagi dia tidak menolaknya.

(Sumber : Page PA&MA)

-- gambar sekadar hiasan hehe --


3 yang komen:

Nad MamaZN said...

alhamdulillah rezki zafran.. moga zafran & zaed dapat susu mama sampai umo 2thn++ nnt in shaa Allah

adianiez AIDA said...

alhamdulillah...

Azhafizah Md Nor said...

susu ibu susu terbaik

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com