Nuffnang Gadget

October 26, 2015

Aktiviti Weekend Kami...

weekend haritu penuh schedule dari siang bawak ke malam...

hari Sabtu memang dah plan dengan en Ajip nak bawak budak-budak keluar...
nak pergi beli barang rumah + barang dapur semua pun dah abis stok...
plus dengan Adam nak beli kaler la, buku ultramen la, selipar dah putus la...
banyak betul alasan dia nak keluar...

tak tau sama ada nak pergi ke Alamanda or IOI...
sebab biasa shoping barang rumah kat AEON Alamanda...
tapi Alamanda tu tak banyak pilihan tempat makan...
balik-balik kang Adam request kat Chicken Rice Shop...

so, tukar plan ke IOI...
banyak sikit pilihan nak makan...

-- dah sampai IOI... Zhafran kalau time siang dia sihat walafiat... tapi malam kang mula lah demam dia datang balik... risau betul anak selalu demam malam ni --

ok, kena isi perut dulu...
sebab dah pukul 12.00 tengah hari... 
Zafrhan pun tak makan lagi...
harini mama tak masak bubur Zhafran...
kita beli bubur nasi ayam Mekdi...
memang feveret dia kalau outing makan bubur ayam...

-- bungkus je bubur untuk Zhafran... ambik yang plain --

so, jalan-jalan nak pilih tempat makan...
terus pulak berselera tengok gambar kat Ayam Penyet...
so, tengok kedai pun macam tak ramai orang...

-- sementara tunggu makanan sampai.. Abang asyik nak kacau adik je keje dia --

-- Kak Alycia dan anak-anak --

-- my hensom two heroes ;) --

-- ni kak Alycia punya menu... lele penyet .. sekali 2 ekor dapat ikan... en Ajip order bawal bakar penyet... sedap jugak --

memang puas hati betul dapat makan kat sini...
kenyang sebab lauk banyak...

lepas tu terus pergi Tesco beli barang dapur + rumah...
lepas tu pergi Parkson kejap carik barang Adam...
pastu balik rumah...
nak rehat kejap sebab malam nak kluar balik...

malam tu dah plan dengan adik-adik nak celebrate birthday Nekma yang ke-59 tahun...
Biryhday Nekma 20 hb 10 haritu...
so, time weekend macam nilah baru dapat nak celebrate ramai-ramai...
janji dengan Umi dan Ayah jumpa kat Chop & Steak Seri Kembangan...
nasib kak Alycia book tempat awal-awal...
sebab kita orang sampai memang meja semua dah penuh...
tinggal meja yang dah reserve tu je kosong...

-- memang gamat bila dah kumpul ramai-ramai macam ni... kami adik beradik 3 orang + 6 orang cucu + nekteh dan tokteh pun join sama --

cuma Acu yang kat Sarawak tu je tak dapat join...
takpe, Acu balik cuti sekolah nanti kita buat acara lain pulak kan...

-- Kek Birthday untuk Nekma... bluebery cheese, sedap jugakk --

-- Happy Birthday untuk Nekma cayang... sentiasa doa Nekma dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik... sayang Nekma sangat-sangat --



3 yang komen:

PinKy MoMMa said...

nekma ke yg potong kek tu..omggg mudanyaaaa..

Azhafizah Md Nor said...

seronok jalan²..btw, happy birthday nekma..semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki..aaminn

adianiez AIDA said...

happy birthday, nekma.
dipanjang usia dan sihat selalu.

antara feveret aida gi makan pecel lele.
kat melaka ni ada satu yg aida suka kat mitc, depan mydin.
pecel lele, ayam penyet, sotong penyet :)

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com