Nuffnang Gadget

October 16, 2015

Cuti Awal Muharam...

Assalammualaikum...
sebelum blog ni mula nak bersawang marilah start balik update blog...
memang kekangan masa betul sekarang ni, rasa macam tak cukup je masa yang ada 24 jam tu...
kat ofis terkejar-kejar nak siapkan kerja...
balik rumah terkejar-kejar dengan kerja rumah yang menanti...
need some rest please ;(

ok, masa cuti Awal Muharam haritu memang tak plan nak ke mana-mana...
Abang Adam sekarang ni asal esoknya cuti mestilah tanya "mama esok kita nak pergi mana.."..
eh, tak ke mana yer nak oiii...
duduk rumah saje... setakat cuti tersepit sehari ni malas nak ke mana-mana...

pagi tu malasnya nak buat sarapan..
cakap kat en Ajip nak makan apa...
terus en Ajip melompat ke dapur kluarkan segala periuk bagai...
ingatkan mengamuk ke, rupanya dia request nak masak megi...
alahai, terharu kak Alycia...
tapi gambar megi ayam sup nan ado...
terlupa pulak nak snap...

pastu mintak en Ajip ke pasar beli lauk..
bahan-bahan basah dalam petiais pun banyak dah habis...
suruh en Ajip beli ayam, santan, sayur pakchoy...
en Ajip tanye nak masak apa...
adalah, rahsia hehe mana boleh bagitau...

lepas mandikan Zhafran dan bagi Zhafran makan bagi dia main dengan Abang Adam dia...
sekarang dia dah pandai main dengan Abang dia...
main macam orang besar, main askar lah, main kereta la...
tak padan yang kecikkk...

tengah hari tu kak Alycia plan nak masak Ayam Masak Lemak dan Sayur Pak Choy Sos Tiram...
sayur Pak Choy Sos Tiram ni terpengaruh dengan resepi kat Blog Kak Filla...
memang ikut sebijik-sebijik resepi tu...
jadi tau u allss i cakap u...
nanti Kak Alycia share...

-- Ni Ayam Masak Lemak Cili Api Campur Kentang ... buat kuah tu tak pekat, masak dalam periuk...  lama dah tak menggulai ayam macam ni --

-- Nilah Sayur Pak Choy Sos Tiram yang kak Alycia cakap tu --

kemain lagi Adam makan siap hirup-hirup kuah tu lagi..
siap tanya mana mama belajar masak kuah coklat camtu...
adoooii Adam soalan, mama belajar kat Internet la...
ni resepi nya kopipes dari blog Kak Pilla yer...

RESEPI SAYUR MASAK OYSTER
1 ikat sayur sawi pendek pak choy ke nama dia?
3 bungkus tofu jepun 
3 biji bawang putih (di ketuk)
1 senduk oyster / sos tiram
1 sudu tepung jagung
sedikit garam
sedikit bawang goreng


Cara-cara
potong tofu macam Kak Pilla buat tu.. panaskan sedikit minyak dan goreng hingga perang.. angkat dan asingkan.. celurkan sayur hingga masak, angkat toskan dan susun atas pinggan lawa-lawa.. Kemudian panaskan 1 sudu minyak.. tumiskan bawang putih hingga perang dan wangi.. kemudian masukkan oyster sauce dan gaul rata.. kemudian tuangkan secawan air.. kalau masih tawar boleh letak sedikit garam.. dan tuangkan bancuhan tepung jagung sehingga kuah menjadi sedikit likat / pekat.. tutup api dan tuangkan kuah ke atas sayur dan tofu jepun.. taburkan bawang goreng sebagai hiasan.. 

Cuma Kak Alycia tak letak tofu jepun dan bawang goreng tu..
nan ado...
tapi seriusly memang sedappp...
tengkiu Kak Filla share resepi ;)

bila siap masak dan nak panggil memasing makan, sekali tengok ruang tamu dah jadi macam medan perang...

-- astaga... urut dada jap... takpelah nak, mainlah... mama redha janji happy huhu --

petang tu hujan lebat kemain kan...
dah gonyoh-gonyoh mata dah suh lelap cepat...
tapi taulah kalau ada budak 2 orang ni, bukan reti nak duduk diam...
selagi tak penat dia takmo tido...

-- tadi main askar-askar , ni main motor pulak... yang sikecik tu tak padan yang kecik kan... macam faham jer nak repair moto haha --

petang tu perut lapar sebab lepas ujan...
tengok kat dapur ada tepung gandum...
terus teringat nak buat lempeng tepung...

-- buat lempeng tepung pastu cicah dengan kuah lemak ayam tu... adoiii nikmatnya duduk rumah macam ni.. lempeng tu kena kasi garing sikit baru sedap --

Adam pun dah pandai nak lempeng satu...
tapi dia punya cicah dengan gula halus...

-- macam orang tua makan lempeng cicah gula minum air teh o --

tulah cerita Kak Alycia masa cuti Awal Muharam tu...
walau pun tak kemana-mana. menghabiskan masa berkualiti bersama insan tersayang tu pun dah rasa happy sangat...
lagi-lagi diaorang pun happy sebab makan macam-macam kat rumah...
save duit makan kat mapley...

eh, nak makan kat luar sekarang pun kena fikir dua tiga kali taww...
semua pun nak mahal...
ok, bye ;)


3 yang komen:

Azhafizah Md Nor said...

cuti sehari memang berehat je la kan..dapat berehat sambil spend masa dengan anak² dan masak sedap² :)

QasehnyaRania said...

sehari cuti mmg lepak kt rumah j kan
main dgn anak anak lagi best.
dgn jerebu pulak skrg. berkurung je la.. suka masak lemak
sayur sos tiram selallu saya suka buat guna brokoli. tabur bawang putih grng sndiri. pon sedap..
adam.. adam.. jnji berseleera nak makan.mama msti hppy kan

adianiez AIDA said...

cuti and dpt berehat kat umah dgn anak-anak === best giler, kan?
and tq bagi idea.
mlm ni aida nak masak ayam masak lemak.
tq so much.
memang tgh bw and cari idea.

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com