Nuffnang Gadget

October 19, 2015

Menu Sarapan Yang Sihat...

teringat dulu Kak Alycia pernah share tentang menu sarapan yang sihat...
yelah, asyik nasi lemak, roti canai, mee goreng pun muak jugak kan...
sometimes kena ubah menu kepada makanan yang lebih sihat...


Ni kak Alycia buat wrap dengan sosej, telor scramble, salad dan tomato ceri...
sedappnya, lama rasanya Kak Alycia tak buat sarapan macam ni...
boleh tengok kat SINI...

tadi baca di Facebook, Page Ketuk-ketuk Tumis-tumis pun ada jugak share tentang idea untuk menu sarapan yang sihat...
jom baca ...

Antara menu sarapan pagi yang sihat untuk diamalkan:

1. Telur dadar bercampur sayur-sayuran segar seperti lobak merah, brokoli, daun saderi, atau cendawan juga merupakan pilihan sarapan yang baik kerana ia tinggi kandungan protein.

2. Roti bakar yang berserat tinggi cukup berkhasiat jika anda bijak menyediakannya. Untuk menambah perisa, sapukan sedikit mentega kacang dan taburkan sedikit kismis.

3. Sandwic tuna bersama keju dan sebiji epal merupakan pilihan sarapan terbaik. Kombinasi ini mampu membuatkan perut kenyang sehingga waktu makan tengah hari.

4. Semangkuk bijirin sarapan pagi yang dicampurkan dengan susu segar merupakan sajian sarapan yang sangat berkhasiat dan amat mudah untuk disediakan. Untuk menambah selera, masukkan beberapa hirisan buah seperti epal, pisang atau strawberi.

5. Semangkuk salad sudah mencukupi untuk sarapan dan ia boleh dijadikan sarapan pagi yang berkhasiat serta rendah lemak.

6. Bagi melengkapkan hidangan sarapan, minum jus buah-buahan segar yang dikisar sendiri perlu dicampurkan bersama susu segar untuk mendapat sedikit kalsium yang mencukupi. Kuantiti makanan untuk sarapan bergantung kepada keperluan masing-masing tetapi makanlah secara sederhana. Jika tidak sempat pun, memadailah mengambil segelas susu atau jus oren dan sekeping roti.

(Sumber : Facebook)

Jom, kita ubah menu sarapan kita kepada menu yang lebih sihat ;)


4 yang komen:

idzwa kamaruddin said...

nyums!~

Azhafizah Md Nor said...

bagus pepagi makan makanan sihat ni :)

nana kimie said...

nampak menarik sangat menu kak alycia buat tu, dapnya! btw tq kak share page ketuk2 tumis2 sat lagi nak terjah :D

adianiez AIDA said...

hi hi memang sihat.
but kekadang tekak ni melayu la sgt.
nak juga nasi lemak.
roti canai :) ha ha ha...

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com