Nuffnang Gadget

October 2, 2015

Short Holiday Kuantan - Part I ...

ok harini kak Alycia nak update tentang percutian ke Kuantan masa cuti Hari Merdeka haritu...
maklumlah cuti 3 hari kan...
so, bolehlah plan jalan-jalan bawak budak-budak...
jalan-jalan jauh sikit...

en Ajip bagi pilihan kat Kak Alycia nak pergi mana...
terus aje Kak Alycia cakap Kuantan sebab terbayang nak makan ikan sotong udang goreng tepung hehe...
segala urusan booking hotel en Ajip yang buat...

so, Sabtu pagi gerak ke Kuantan...
ingatkan jalan smooth je sebab fikir kitaorang je nak bercuti, rupanya jem jugak bila masuk tol Gombak tu huhu...
agaknya orang lain pun fikir nak bercuti atau balik kampung jugakkan...

cakap dengan papa takpleh pa... jalan pelan-pelan janji sampai...
berhenti makan kejap kat RNR Temerloh pun ramai orang jugak...
memula rasa nak makan ikan patin tempoyak, sekali tengok ramai orang malas nak makan...

-- wajah 2 orang budak kecik yang seronok nak bercuti.. adik tu memang la tak tau apa-apa.. yang Abang Adam cakap tido hotel + mandi kolam memang dari malam tak lelap mata --

ok, sampai kat Kuantan dalam pukul 3.00 ptg macam tu...
then carik hotel pulak...
Penginapan  kami adalah di Zenith Hotel, Kuantan...
nanti kak Alycia review tentang hotel ni...

bila masuk je bilik terus nampak katil king terbentang luas...
wow, bestnya hotel...

-- Abang Adam dan Adik Zhafran dah try test dulu landing atas katil --

aktiviti harini dah decide kita tak nak pergi mana-mana...
rehat-rehat jer kat hotel...

ingatkan dapat berehat lelapkan mata, tapi abang Adam dah sibuk ajak bila nak mandi kolam bila nak mandi kolam...
sebabnya
;
;
;
-- view tingkap hotel terus nampak swimming pool kat bawah... adoiii, salah pilih bilik ni... memang tak boleh tido lena macam ni --

cakap kat Abang Adam tunggu petang sejuk-sejuk sikit baru mandi kolam...
habis tu keje dia berdua asyik tengok kat bawah dah ada orang mandi kolam ke belum...
adoiii stress makkk...

-- petang tu penuhi permintaan Abang Adam mandi kat pool... pool ni level 4, tapi memang sejuk kalau time angin bertiup kuat kat atas ni --

ok, malam tu pun diner kat dalam bilik jer...
dah suruh en Ajip tapaw siap-siap makanan makan kat bilik...

esoknya plan nak ke Pantai Cherating...
saje nak jalan-jalan tengok laut katanya...

-- selamat pagi... awal betul budak kecik ni bangun.. suka pulak dia berdiri kat tepi tingkap tu dapat tengok view kat luar --

-- on da way nak ke Cherating --

tak tau nak makan breakfast kat mana...
terus pergi kat Teluk Cempedak sebab kat situ ada McD drive thru...
so, boleh tapaw bubur untuk Zhafran + beli sarapan sekali...
makan dalam kereta...

tak tau nak ke Cherating ikut jalan mana...
bila tanya kat orang-orang kat situ kata ikut Jalan Pantai Balok nanti ada sign board terus ke Cherating...
rupa-rupanya jalan tu lalu jalan yang sekarang tengah femes dengan isu bauksit tu...
so, taulah begitu keadaanya,,, dengan asap debu warna merah semua...
lupa pulak nak ambik gambar...

bila sampai kat area Cherating nampak banyak pulak kedai keropok lekor tepi-tepi jalan...
terfus cakap dengan en Ajip jom lah kita berhenti makan kopok lekor pana-panas ni...

-- sedapnya dapat menikmati kopok lekor panas-panas + sata --

en Ajip lagi best...
balik tu pun dia singgah kedai yang sama...
tak puas makan yang tadi katanya...
pastu tapaw lagi kat dalam kereta...
memang kenyang keropok lekor jer haritu...

-- sampai dah kat Cherating... tapi time ni tengah panas terik --

sampai kat Pantai Cherating, tengah panas terik...
malasnya nak pergi ke laut mandi...
tapi Adam sibuk nak mandi laut...
ha, gasak lah suruh papa dia yang teman...
 mama is puteri lilin okeh, tak suka panas-panas camtu...


okeh, pasni sambung lagi yer...
suka kan buat cerita tergantung-gantung camni hehe...



4 yang komen:

mama tisya said...

bdk2 mmg pantang nmpk pool..nk2 plak jenguk tingkap dh nmpk pool kn..sure memanggil222 la hehe

Nad MamaZN said...

dari balok ke cherating berapa lama alycia? ada 2 jam?

Azhafizah Md Nor said...

seronoklah adam dan zhaffran jalan² tu kan

QasehnyaRania said...

pool dgn anak anak mmg xdpt dipisahkan..
kalau dpt tgk mmg berzikir je kann.. hihihi
sabar je la kan..

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com