Nuffnang Gadget

October 2, 2015

Short Holiday Kuantan - Part II

ok sambungan dari kisah percutian singkat ke Kuantan tu...
balik dari Cherating tu dah petang dalam pukul 4.00 macam tu sampai di Kuantan...
cakap dekat en Ajip nak makan ikan goreng tepung yang femes kat Tanjung Lumpur tu...
sebab dah survey sebelum ni kedai yang femes dengan ikan goreng tepung ni Kedai Mok Na...
tapi bila sampai fuiyooooo nampak berderet kereta parking kat tepi kedai tu...
last-last pergi ke kedai 1 lagi namanya Mok Su pulak...

ha, terus cepat-cepat pergi rebut ikan goreng tepung panas-panas tu...
ambik sekali udang dan ketam...
makan cicah dengan sos dan air limau...
perghhh, nikmatnya...

-- hidangan yang kami ambik... ambik sikit-sikit jer share dengan en Ajip... Kak Alycia makan ikan, udang dengan ketam tu en Ajip yang makan --

ok, jomlah balik ke hotel berehat dan tido...

malam pulak memang dah plan nak makan seafood kat Tanjung Lumpur jugak...
tapi tak tau kedai mana yang sedap...
ada yang suggest Ana Ikan Bakar Petai tapi kat Bangi pun dah boleh dapat...

try tanya survey kat FB suruh kawan-kawan rekomenkan tempat makan best...
dalam banyak-banyak cadangan tertarik dengan cadangan makan ketam telor masin yang femes kat Restoran Marina Seafood...
hmmm, best jugak cadangan tu...

malam tu gerak ke Tanjung Lumpur carik Marina Seafood...
oh, rupanya kat tepi jalan jer, tak perlu nak masuk ke Kampung Tanjung Lumpur tu...


-- budak yang dah ready nak makan... adik takde bubur, mama suap nestum je malam tu --

-- dan inilah ketam telor masin yang kami order... memang bestt, en Ajip yang tak pernah makan menu ni pun kata best... ambik 2 ekor je pun ketam tu, tapi dah potong-potong jadi banyak pulak --

siap tanya lagi kat adik hantar makanan tu ehhh ni betul ke akak punya...
macam banyak jer hehe...

so, kawan-kawan yang ke Kuantan bolehlah try makan Ketam Telor Masin di Marina Seafood ...

-- ni order sotong goreng tepung untuk Adam --

perut dah kenyang, jomlah kita balik hotel dan tido...
pagi sok bangun pagi-pagi kemas barang dan temankan Abang Adam mandi pool untuk kali terakhir...


pagi tu pun sarapan kat hotel jer...
dapat voucher untuk 2 dewasa.. just tambah 1 voucher untuk Abang Adam jer...
oklah bufet di Zenith Hotel ni, banyak pilihan menu...
malas ahkak nak pergi snap gambar makanan satu-satu hehe...

-- dengan tak mandi lagi dua-dua dah turun sarapan --

tepat pukul 12.00 tengah hari terus check out, dan balik ke Putrajaya...
percutian yang singkat tapi puas...
puas sebab dah rehat kan badan...
puas sebab dapat makan ikan goreng tepung...
puas sebab dapat merasa Ketam Telor Masin yang sedap...
Insya Allah akan datang lagi ke Kuantan...

sebelum check out kita ambik gambar dulu sebagai kenangan ;)

-- lena pulak Adik Zhafran tido... maklumlah sejuk aircond --





3 yang komen:

Azhafizah Md Nor said...

bestnya dapat makan seafood fresh..

Ummu Athiyah Ismail said...

macam sedap jer ketam telur masin tu..lom pernah try lg :))

3 Proses Detoks Yang Anda Patut Tahu

QasehnyaRania said...

ketam telur masin mmg sedap..
dapat buat sndiri lg puas kak.
saya hri tgk dkt blog kak khaty jem rasanya
mmg sedap la meratah. hikhikhik

family potret

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com