Nuffnang Gadget

November 16, 2015

15 Perkara Tentang Kaki & Kasut Bayi Yang Mesti Tahu...

Bila dah ada anak kecik ni, tak sabar-sabar pulak nak tunggu Baby Zhafran berjalan haha...
sekarang Zhafran dah usia 10 bulan...
sedang meniti-niti orang tua-tua kata...
tapi dah pndai berpaut dari 1 kerusi ke 1 kerusi ...

so, jom kita ambil tahu tentang kaki dan kasut bayi anda...
ni pun tadi terbaca dalam page Pa&Ma...

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Adakah si manja anda sudah mula bertatih atau berjalan-jatuh? Ini bermakna kaki kecilnya sudah mula memerlukan sepasang kasut. Papa dan Mama, jangan ambil mudah dalam pemilihan kasut untuk si manja. Ia bukan sekadar memilih kasut kerana corak dan reka bentuk yang comel. Bob Hardy, pakar kasut kanak-kanak yang mempunyai pengalaman luas dalam pembikinan kasut kanak-kanak dari Clarks UK memberikan garis panduan berguna tentang pemililhan kasut si kecil dan penjagaan kaki mereka.

Penjagaan kaki si kecil berkait rapat dengan persekitaran di sekelilingnya. Kata Bob, si kecil tidak perlu dipaksa untuk berjalan dan biarkan kebolehan tersebut dikuasai secara semula jadi. Selalunya si manja akan mula berjalan daripada usia 10 hingga 18 bulan. Pada usia ini si kecil mempunyai tapak kaki yang rata (flat foot).

Mama dan papa perlulah mengambil langkah berikut untuk memastikan kaki si manja berkembang sihat dan dalam waktu yang sama menggalakkan dia berjalan. 

Antara perkara yang boleh dilakukan ialah;

1. Galakkan si manja untuk berkaki ayam ketika di dalam rumah atau taska kerana pergerakan akan menggalakkan kakinya berkembang dan kuat.

2. Kasutnya jangan terlalu longgar atau ketat! Bahagian tapak dan sekeliling kasut pula nipis tidak terlalu tebal dan keras.

3. Periksa kaki si manja dengan kerap kerana bimbang kakinya tercedera. Hal ini boleh dilakukan semasa mandi. Periksa jika terdapat luka, kelupas atau perubahan pada warna atau suhu.

4. Pastikan kakinya sentiasa bersih dan kering untuk mengelakkan jangkitan fungus atau kulat. 

5. Potong kuku kakinya apabila panjang untuk mengelakkan kecederaan atau rasa tidak selesa. 

Dalam bab memilih kasut untuk si manja, papa dan mama perlu tahu yang kaki si comel masih lembut! Ia tidak seperti kaki orang dewasa. Kanak-kanak pada usia ini tidak mempunyai tulang yang keras pada bahagian atas kaki. Kaki si kecil dibaluti lapisan lemak yang menyebabkan dia tidak boleh merasai ketidakselesaan daripada kasut yang terlalu ketat atau longgar. Justeru, pemilihan kasut perlu diteliti agar si manja selesa sepanjang perkembangan kakinya. 
Menurut Bob, kasut perlulah ringan, fleksibel dan tipis kerana kakinya lembut. Langkah yang perlu diambil sebelum membeli ialah: 

DO

6. Pilih kedai yang menyediakan perkhidmatan ukur kaki untuk menentukan saiz yang tepat dengan ukuran dan perkembangan si manja serta menyediakan half size.

7. Pastikan staf yang mengukur saiz kaki si manja akan mengambil ukuran lebar kaki selain panjang kaki untuk mendapatkan saiz yang tepat. 

8. Pilih kasut yang memberikan stabiliti apabila berjalan dan bergerak tetapi dalam masa yang sama memberikan perlindungan pada kaki. 

9. Kasut perlulah lembut, fleksibel dan bahagian sekeliling daripada material kulit.

10. Kemasan kulit akan membenarkan kulit untuk bernafas dan ini boleh mengurangkan masalah kaki daripada berkuap. 

11. Pilih kasut yang mempunyai bukaan yang luas supaya mudah untuk dipakai dan ditanggalkannya.

12. Hanya 30% sahaja kanak-kanak yang mempunyai saiz kaki yang betul-betul tepat dengan saiz kasut pada kedua-dua belah kaki. Justeru, pilih kedai yang menyediakan variasi ukuran kasut yang bersesuaian dengan saiz kaki kiri dan kananya dan membenarkan anda membeli pasangan yang berlainan saiz. 

13. Biarkan si manja berjalan dengan memakai dua belah kasut yang telah dipilih untuk memastikan kakinya selesa dengan kasut yang dipilih sebelum membayar. 

DON’T

14. Jangan pakai stoking ketika memakai kasut. Hal ini akan menyebabkan kaki si manja mengerekot di dalam kasut ketika cuba menstabilkan dirinya seterusnya menyebabkan kerosakan kepada tulang yang masih belum matang.

15. Jangan membeli stoking sintetik kerana kaki si manja akan berkuap dan menyebabkan ruam. selain itu, material sintetik tidak mampu mengembang sepenuhnya dan menyebabkan kerosakan pada kakinya yang sedang berkembang. Pilih stoking yang sekurang-kurangnya mengandungi 50% wool atau kapas.

*Kasut si cilik perlulah disesuaikan dengan tahap perkembangannya iaitu sama ada merangkak, menyulur atau berjalan kerana setiap satunya menyebabkan pergerakan kaki yang berbeza. Justeru, Clarks mereka kasut yang bermuncung lebih rata bagi si kecil merangkak dan menyulur bagi memudahkan pergerakan.

(Sumber : page Pa&Ma)

-- gambar sekadar hiasan... kecik-kecik pun dah pandai nak pilih kasut nak pakai hehe --



2 yang komen:

Farah Waheda Wahid said...

wahhh dah meniti-niti dah dia, tak lama lagi boleh berlari dah dengan Abang Adam... He he he...

Nad MamaZN said...

bestnya berderet kasut adidas. tq share info ni. masa zakwan dulu mama dia kemain nak kasut stylo bagai, tp tak sesuai utk zakwan.. ksian zakwan...

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com