Nuffnang Gadget

November 26, 2015

6 Sebab Air Tangan Isteri/Ibu Sangat Ajaib...

Kak Alycia terbaca dari Page Pa&Ma... terus nak lekas-lekas share kat SINI...
perkongsian yang sangat menarik untuk kita yang jadi isteri dan ibu...

yup dulu masa mula-mula kawin memang takdelah rasa nak masak sangat...
sebab hidup berdua je kan, masih honeymoon orang kata haha...
pastu bila ada anak barulah perasaan nak memasak sendiri untuk suami dan anak tu datang...
lagi-lagi bila Abang Adam dah besar ni, dah request nak makan macam-macam...
patutla mak-mak kita dulu slalu sangat pesan kena masak sendiri, baru suami dan anak sayang...
sekarang baru faham...

jom baca artikel ni...

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Katanya 'air tangan' isteri/ibu sangat berkuasa untuk 'mengikat' kasih sayang suami dan anak-anak. Jadi, walau sibuk macam mana pun isteri tetap kena curi masa untuk buat sekurang-kurangnya satu daripada bermacam tugas di rumah.

Bila tahu kehebatan air tangan isteri/ibu, tentu anda semua berebut hendak melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu tanpa bermasam muka.

1. Suami terus 'melekat'

Pesan orang tua-tua kalau nak mengikat hati suami, jagalah perutnya terlebih dahulu. Dengan izin Allah, pasti suami akan sentiasa sayang dan ingat kita selalu. Tidak dinafikan, kita memang penat bekerja sama ada yang berkerjaya di luar atau sekadar bergelar suri rumah, tetapi jangan diabaikan layanan makan minum untuk suami.
Sepanjang bekerja tentu sahaja suami makan di kedai. Balik ke rumah, kita pula mengarahkan pembantu rumah sediakan makan dan minum untuk suami. Bila masanya kita dapat menjaga perut suami agar sentiasa dekat dengan kita. Jadi, kalau setakat secawan atau seteko air, sediakanlah untuk suami, tanpa  menyuruh pembantu rumah membuatnya.


2. Kekalkan kebahagiaan suami isteri

Urusan mengemas rumah memang tidak pernah selesai selagi kita mempunyai anak-anak kecil. Tak kira sama ada anda ada pembantu rumah atau tiada, jangan sekali-kali membenarkan dia mengemas bilik tidur kita atau membiarkan bilik tidur tidak berkemas langsung! Ia sepatutnya menjadi kawasan larangan kepada pembantu rumah termasuk anak-anak.
Sebaiknya, sebagai isteri biarlah bilik tidur yang menyimpan rahsia peribadi anda dengan suami mendapat sentuhan sendiri. Jangan biarkan orang lain menyentuhnya sesuka hati terutama katil  kerana di situ tempat kita tidur dan ‘bersama’ suami. Jadi peliharalah keserasian hubungan mesra suami isteri bermula dari katil di bilik tidur.


3. Suami teringat-ingat

Begitu juga halnya dalam soal penyediaan pakaian kerja suami. Memang seronok rasanya bila ada orang lain tolong menggosok pakaian kerja suami tetapi bagaimana kita dapat pastikan suami tetap seronok dan bangga menyarung pakaian tersebut sekiranya ia digosok dan disediakan oleh pembantu rumah? Jadi fikir-fikirkanlah. Jangan biarkan orang lain menguruskan barangan peribadi suami kita.


4. Keharmonian suami isteri terjamin

Tugas membasuh pakaian bukan tugas yang sukar pada zaman sekarang. Tak perlu memberus dan membanting tulang mencuci pakaian. Rasanya hampir semua rumah ada mesin basuh. Bagi yang mempunyai pembantu rumah, pasti sahaja pakaian seisi rumah dicuci oleh mesin basuh yang dikendalikan oleh pembantu.
Bagaimanapun seboleh-bolehnya elakkan tugas mencuci pakaian dalam kita dan suami dilakukan oleh pembantu rumah. Sebaiknya biarlah kita sebagai isteri yang membasuhnya. Begitu juga dengan tugas mengangkat dan melipat pakaian dalam tersebut. Biarlah ia mendapat sentuhan dari tangan kita kerana ia memiliki rahsia tersendiri untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga.


5. Ikatan ibu dan anak lebih erat

Air tangan dan sentuhan seorang ibu dapat mengikat kasih sayang antara ibu dan anak walau ke mana jua si anak pergi kelak. Kehebatan air tangan ibu hanya dapat diakui apabila kita sudah merantau jauh daripada ibu. Pasti sahaja masakan ibu yang sentiasa dalam ingatan kita walaupun sekadar masakan mudah. Sebab itu pentingnya  ibu memasak hidangan bagi keluarga walau sekadar telur dadar dan ikan goreng!


6. Anak mudah dibentuk dan mendengar kata

Begitu juga dalam soal memberi anak makan. Sentiasa pastikan tangan ibu yang menyuap si kecil makan kerana suapan ke mulut anak membawa kesan yang hanya akan ibu nikmati 10 hingga 15 tahun akan datang.
Keberkatan daripada sentuhan air tangan ibu membuatkan anak mudah dibentuk dan mendengar kata bahkan hubungan anak dan ibu semakin erat. Mungkin bagi ibu yang bekerja, tugas menyuap anak makan tidak dapat dilakukan sepanjang hari tetapi sebaik pulang ke rumah terus ambil alih tugas mengasuh anak daripada pembantu rumah. Jangan biarkan anak anda terus ‘melekat’ dengan pembantu.

(Sumber : Pa&Ma)
-- Alhamdulilah, walaupun menu biasa-biasa je mama masak. tapi Abang Adam slalu kata Adam nak makan makanan mama masak... tacing mama tau Adam --



5 yang komen:

Siti Rohaida Yusof said...

setuju tu..hari biasa dapat masak yang biasa-biasa je..selalunya hri minggu je dapat masak yang sedap2 sikit

mama tisya said...

kita jarang masak sbb slalu mil dh siap masak...vkend kdg2 je masak sbb slalu kuar tp kalo masak, anak dara suka ckp mama masak sedap mcm masterchef :)

MG schmidt said...

Sampai suami tatau nk mkn ape... Blik rumah nk mkn nasi n ikn goreng bini msak pun xp dah :)

JOM JOIN GA LIKE DAN MENANG PS IKEA PERLIS
http://ekinrazallibisnes.blogspot.my/2015/11/like-dan-menang-hadiah-misteri-rm1000.html

adianiez AIDA said...

tu yg aida usaha nak buat tiap hari.
kalau balik awal, wajib masak.
sian anak2 kalau asyik makan luar...

Azhafizah Md Nor said...

Alhamdulillah dapat memasak hari hari :)

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com