Nuffnang Gadget

November 30, 2015

Berkursus Di Cheringin Hills Janda Baik...

Pada 13 - 15 Oktober lepas ofis Kak Alycia adakan Kursus Pengurusan Stres di Cheringin Hills Convention & Spa Resort, Janda Baik, Pahang...
memula cakap dengan en Ajip semua staff wajib pergi...
sebab ofis dah bayar penginapan dan consultan...

tapi disebabkan Zhafran masih lagi menyusu badan, dan belum pernah ada pengalaman tinggalkan dia waktu malam, so hati tu macam berbelah-bagi nak pergi ke tak...
last-last jumpa bos tanya boleh tak kalau nak bawa family bersama...
nasib bos memahami dan bagi bawa family...
lagi pun bos kata ni kursus santai ajer..
thats why buat hujung minggu...
Alhamdulilah, syukur...
lagipun sebenarnya risaukan Zhafran tak biasa kena tinggal + masa tu pun Zhafran tak sihat batuk selsema...
at least bawak sekali tu bolehlah pantau-pantau keadaan Zhafran...
mama berkursus, kenalah papa jaga anak-anak kat bilik...

Cheringin Hills Convention & Spa Resort ni terletak kat atas bukit...
pagi-pagi dengan malam memang sejuk u allssss...
tak payah pakai aircond pun takpe...

-- suasana di waktu pagi, siap berkabus bagai... best best --

-- ni je lah gammbar dengan ahli group yang ada.. banyak lagi gambar tapi malas nak copy dari kamera opis hehe --

pagi Sabtu tu lepas sarapan Abang Adam tak sabar betul nak pergi mandi kolam...
dapat pulak bilik yang menghadap kolam, memang asyik tanya bila boleh mandi...
nasiblah ada jugak kawan-kawan yang bawa family sama...
ada lah geng Abang Adam mandi kolam...

-- ni cecah-cecah kaki dulu kat dalam kolam pagi tu... nak mandi sejukkk wooo --

-- okeh, petang baru boleh mandi-manda --

-- adik pun tengok Abang mandi tak senang duduk, nak jugak tepuk-tepuk air tepi kolam tu --

-- picca last... takpelah dik, mama kursus janji adik happy tinggal dengan papa kan --

ok, kalau korang nak tengok lebih details tentang Cheringin Hills Convention & Spa Resort boleh klik pada website ni : http://www.cherenginhills.com/



2 yang komen:

Azhafizah Md Nor said...

kira short trip family jugaklah ni kan..janji dapat bawak family :)

Sheila Adziz said...

seronoknya sis berkursus sambil bercuti kan... hehe

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com