Nuffnang Gadget

November 27, 2015

Little Ihtifal Genius Aulad 2015...

Pada 17/11/2015 haritu telah berlangsung Majlis Little Ihtifal Genius Aulad bagi tahun 2015...
kali ni majlis dibuat di Dewan Sivik, MPAJ...
sesi untuk skul Abang Adam pukul 8.00 malam...
majlis ni buat antara 2 branch Genius Aulad iaitu Putrajaya 2 dan Kota Kemuning...
gigih lah Kak Alycia datang petang tu sebab semua student kena ada kat sana by 7.00 pm...
nasib lah tak jem teruk sangat...

sebelum tu dah tau dah Abang Adam akan ada majlis konvokesyen dan buat persembahan...
dia kata dia berlakon jadi kuda laut...
tak sabar mama nak tengok abang berlakon haha...

nasib sampai awal, pukul 6.15 dah sampai...
so, terus pergi makan dulu sebab nanti kang lapar pulak tak makan...
makan kat Pizza Hut area berdekatan je...

-- tengok budak kecik ni.. dah hensem dah pakai kemeja bagai nak tengok abang konvo, tapi lasak kemain dia --

-- posing kat area luar dewan sebelum register --

majlis start pukul 8.00 malam...
petang tu teacher dia dah wasup senarai murid yang akan konvo...
wah, nama Abang Adam yang 1st sekali...


time ni mama dah rasa sebak dah...
dah start nak berkaca-kaca mata dah...
alahai, cepat sangat Abang Adam besar...
sebab mama tau Abang Adam memang seorang yang sangat independent dan berani...
seorang Abang yang bertanggungjawab dan penyayang kat adik...

-- proud of u Abang Adam --

lepas habis majlis konvokesyen, ada persembahan pulak dari anak-anak...
untungkan budak-budak zaman sekarang...
time tadika dah dapat pakai jubah, ada konvo bagai...
mama dulu masa ambil Diploma baru dapat pakai jubah...

time ni tak sabar nak tunggu Abang Adam perform...

-- ni persembahan dari murid 4 tahun.. alahai comei je semua pakai costume animal --

oh lupa nak bagi tau tema kali ni adalah "Safe The Ocean"...
so, thats why semua student pakai kostum sea animal...



ni teacher wassup semua murid 6 tahun pakai kostum kuda laut masa kat bilik persalinan...



persembahan abang adam dengan kostum kuda laut...
walaupun ada sedikit kucar-kacir sebab take time nak pas microfon tu, tapi dia orang semua enjoy perform...
mama kat bawah gelak je tengok abang adam...

-- walau apa pun mama tetap bangga dengan Abang tau --


tahun depan Abang dah darjah 1 dah...
dah lain dah suasana belajar dan lagi mencabar...
harap Abang teruskan usaha rajin-rajin belajar ...
mama, papa & Adik Zhafran bangga dengan Abang Adam ;)


4 yang komen:

Siti Rohaida Yusof said...

suka dia ye..alhamdulillah..semakin besar dia..moga menjadi anak yang pintar

mama tisya said...

mmg kita sbg mak ni cpt sebak bila tgk anak perform & grad even br peringkat tadika kn...dlu tisya naik stage pn maknye over sebak...anyway good luck utk darjah 1 nanti..suasana lain dh skit

namy yul said...

semoga Adam jadi anak yang berjaya dunia akhirat, jgn lupa jasa papa & mama ;)

Azhafizah Md Nor said...

cepat abang adam membesar..tahniah abang adam..moga masuk tahun 1 nanti lagi bertambah rajin dan cemerlang

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com