Nuffnang Gadget

December 27, 2015

JJCM : Lunch Di House Of Nasi Kerabu ...


okeh sebelum beli ikan tu singgah sekejap di PKNS Shah Alam...
en Ajip ajak makan di House of Nasi Kerabu (HONK)...
selalu jugak tengok orang post di FB tentang HONK ni tapi baru 1st time nak mencuba...
kita tinggal di Malaysia ni untungkan macam-macam makanan ada...
Nasi Kerabu ni salah satu feveret Kak Alycia walaupun kak Alycia bukanlah orang Kelate...


okeh, haritu Order kami :
en Ajip order Nasi Kerabu Udang Galah Saiz L, Kak Alycia order Nasi Kerabu Nara Istimewa (Daging Bakar dan Ayam Bakar) dan Abang Adam order Nasi Kukus Ayam Nara...

cuma masa datang tu nak buat side order Daging Bakar daging baru tengah bakar...
kecewa jap huhu...

-- budak kecik ni sejak dah tumbuh gigi 2 batang dah pandai nak makan.. apa orang tua makan dia nak makan jugak --

-- ni order en Ajip... Nasi Kerabu Udang Galah Size L dan Teh Tarik Madu Dangdut --

-- close up sikit kat menu en Ajip... amboi udang galah tu tak tahan --

-- ni Kak Alycia punya Nasi Kerabu Nara Istimewa (Daging Bakar dan Ayam Bakar) ... cuma Ayam Bakar dengan Ikan goreng letak dalam pinggan asing --

overall okaylah...
memang kenyang sangat-sangat nak habiskan 1 nasi kerabu tu...
orang Kelate ajar kalau nak feel makan Nasi kerabu kena gaulkan semua bahan-bahan Nasi Kerabu tu pastu makan dengan tangan...
no sudu and garfu...
ha, baru ada feel...

ok, mana tau hari cuti ni korang tak tau nak makan kat mana...
boleh terjah House of Nasi Kerabu...


LOT G08, GROUND FLOOR,
KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM,
SEKSYEN 14 PESIARAN TASIK, 40000, SHAH ALAM, SELANGOR. 

Blog : http://houseofnasikerabu.blogspot.com/
Facebook : https://www.facebook.com/HouseofNasiKerabu


2 yang komen:

mama tisya said...

Beso udang galah tu..brp harga tu

Azhafizah Md Nor said...

tak pernah jumpa nasi kerabu special macam ni..sedapnya!

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com