Nuffnang Gadget

December 24, 2015

Salam Maulidur Rasul...




Salam Maulidur Rasul sempena memperingati keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang kebiasaannya disambut pada setiap 12 Rabiulawal dengan mengadakan berbagai acara sambutan seperti perarakan, ceramah dan berselawat bagi memuliakan junjungan besar umat Islam dan sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Allah SWT berfirman: “Tidaklah Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk mendatangkan kerahmatan kepada seluruh alam.” (Surah al-Anbia, ayat 107).
AMALAN SUNAT MAULID NABI

Daripada membiarkan hari berlalu begitu sahaja, adalah lebh baik kita melakukan;

1. Puasa sunat
2. Mandi sunat
3. Berziarah ke makam Rasulullah SAW.
4. Mengerjakan amalan-amalan mulia.
5. Memperdengar dan menghayati sirah Rasulullah SAW.
6. Memperbanyakkan tasbih, tahmid dan selawat.
7. Mengadakan sambutan Maulidur Rasul dengan acara-acara seperti:

- Perarakan sambil berselawat dan menghayati perjuangan Rasulullah SAW
- Syarahan sirah Nabi
- Forum agama dan perpaduan
- Marhaban
- Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.
"Salam Maulidur Rasul dari Kak Alycia ...."

0 yang komen:

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com