Nuffnang Gadget

December 26, 2015

Shoping Ikan di Shah Alam...

Ni kejadian 2 minggu lepas...
Adam sibuk cakap kat papa ikan semua dah mati dah...
sebelum ni en Ajip memang ada bela ikan gapi...
tapi ikan gapi ni jangka hayat dia tak lama kan...
bila dah bertelor dan anak dah ada mesti yang mak bapak mati...
adalah tinggal sekor dua je ikan gapi dalam akuarium tu...

so, tengah hari tu lepas sarapan Western terus siap-siap nak beli ikan kat Shah Alam...
sebelum tu singgah di di PKNS pekena nasi kerabu di House of Nasi Kerabu...
okeh, nanti Kak Alycia buat entry pasni...

memang biasa dah beli ikan kat Shah Alam ni...
besar kedai ikan ni dekat dengan AEON Seksyen 23 kot...
ehh nanti tanya en Ajip balik...

-- Zhafran 1st time tengok ikan banyak-banyak macam ni... jakun kejap... selalu tengok ikan sekor dua je kat rumah --

-- posing jap kat kedai ikan --

bila sampai rumah terus en Ajip masukkan ikan dalam akuarium tu...
barulah meriah sikit akuarium tu ada ikan banyak...
kali ni tak beli ikan gapi, tapi ikan kecik-kecik jugak...
tak ingatlah kak Alycia nama ikan tu...

nak jadikan cerita malam tu en Ajip bukaklah lampu ikan tu...
nak bagi meriah sikit nampak ikan banyak...

sekali si Zhafran buat perangai dia pulak...

-- dia boleh panjat meja ikan tu kocak-kocak air ikan... buat macam nyanyi lagu ikan kaloi huhu --

urut dada mama dik oiiii...
berani sangat dia memanjat ...


ni siap berdiri pulak tengok ikan dari atas...
sebelum ni memang jarang bukak lampu akuarium tu...
sebab tak banyak ikan...
ni saja bukak nak release tension tengok ikan...
terus mama dengan mama stress tension tengok perangai Zhafran...
lastly tutup jelah lampu ikan tu...
biarlah ikan bergelap haha...

baru Zhafran tak panjat lagi meja akuarium tu...


1 yang komen:

Azhafizah Md Nor said...

amboi zhafran..sampai begitu sekali dia..

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com