Nuffnang Gadget

December 31, 2015

Throwback Kenangan 2015...

Jan 2015 :

Alhamdulilah, Allah mengurniakan rezeki yang paling besar dalam kehidupan kami sefamily. 
Kelahiran putera kedua kami, Aliff Zhafran bin Mohd. Razif menyerikan lagi rumah tangga kami..
i'm a mother of 2 kids now muahaha...

Kak Alycia selamat bersalin secara normal pada 6.1.2015, jam 3.00 pg di Hospital Putrajaya.  
Baby boy berat baby 3.14 kg.


Nama baby Aliff Zhafran yang bermaksud kelembutan kemenangan

14/1/2015 ~ Abang Adam 1st belajar di sekolah baru di Genius Aulad...
new environment, new friends...

-- ni hari pertama di taska baru... dengan kawan-kawan baru... semua pun macam buat muka takde perasaan nak berkawan haha --

Feb 2015 :

8/2/2015 ~ Anniversary yang ke-7 tahun paling manis tahun ni...
sambut berempat ...


18/2/2015 ~ Birthday Abang Abang yang ke-6 tahun...
happy birthday dear ;)

Sambut di taska Genius Aulad...


dan kali ke-2 di Kampung wan di Kuala Pilah...




April 2015 :

8/4/2015 ~ back to work setelah cuti bersalin 3 bulan..

18/4/2015 ~ my birthday yang ke-36 tahun...
ehhh, dah akak sangat kan ni ;)


Alhamdulilah. 
Menginjak 1 tahun lagi.
 I'm 36 years now ! sntiasa brdoa dapat jd isteri yg baik buat suami @ajipali dan mama yg hebat buat Abg Adam & Aliff. 
Tq pd semua yg wish wink emoticon Happy birthday to me !!


-- sambutan hari lahir mama di IOI City Mall --

Mei 2015 :

Majlis Aqiqah dan cukur jambul Aliff Zhafran...

-- sebelum majlis mula sempat posing-posing dengan Abang Adam dia --

-- us --

Jun 2015 :

4 hari sebelum Ramadan, Zhafran warded di Hospital Putrajaya kerana bronchiolitis...
6 hari jugak berada di ward...
dan merasa 2 hari bersahur dan berbuka puasa di wad huhu...


Julai 2015 :

Alhamdulilah, sambutan hari raya tahun ni meriah dengan kehadiran 2 orang putera...


terus tukar kad raya baru tahun ni haha....

Sambutan raya pertama di Kuala Pilah, Negeri Sembilan...

-- walaupun hari-hari mintak maaf cium tangan laki, tapi bila hari raya feeling tu macam lain sikit... syahdu sikit sebab banyak buat salah kan --


-- amboi kemain lagi dia cium adik dia --

-- last letaklah gambar hero-hero mama ni... amboi kemain lagi sikecik tu --

Ogos 2015 :

Sempena cuti Hari Kebangsaan ambil kesempatan pergi short holiday di Kuantan Pahang...
stay di Zenith Hotel, Kuantan...
lepas tu jalan-jalan di Cherating dan Kuantan...
1st time baby Zhafran pergi holiday...


-- Abang Adam dan Adik Zhafran dah try test dulu landing atas katil --


-- petang tu penuhi permintaan Abang Adam mandi kat pool... pool ni level 4, tapi memang sejuk kalau time angin bertiup kuat kat atas ni --

-- sampai dah kat Cherating... tapi time ni tengah panas terik --

-- Makan Ketam Telor Masin di Marina Seafood, Tanjung Lumpur... best sangat --

September 2015 :

Raya Aidiladha di kampung Kak Alycia di Mantin, Negeri Sembilan...

-- sempat diaorang bergambar... yang baju biru tu Nekma, pastu yang baju kuning tu adik kak Alycia dan yang kecik baju puple tu Bismi aanak sedara --

-- 3 orang jejaka kesayangan Kak Alycia ... diaorang kata bila Zhafran pakai kopiah macam tu dah rupa mualaf dah cina masuk Islam hehe --

Oktober 2015 :

Abang Adam join kejohanan takewando Astral Poomsae Takewando Championship 2015......
terpilih antara 8 yang terbaik...
tahniah Abang, mama bangga dengan Abang...

-- masa ni tengah berkumpul untuk tunggu que buat performance depan juri.. tengok Zhafran nak join jugak  --

-- masa naik atas pentas dapat medal --


bulan ni juga buat sambutan birthday Nekma Adam yang ke-59 tahun...
makan ramai-ramai di Chop N Steak, Seri Kembangan...

-- memang gamat bila dah kumpul ramai-ramai macam ni... kami adik beradik 3 orang + 6 orang cucu + nekteh dan tokteh pun join sama --

November 2015 :

 17/11/2015Majlis Little Ihtifal Genius Aulad bagi tahun 2015...

-- proud of u Abang Adam --

persembahan abang adam dengan kostum kuda laut...



Disember 2015 :

 7/12/2015 ~ Short Holiday di Port Dickson...


18/12/2015 ~ Birtday papa ;)


18/12/2015 - 20/12/2015 ~ Holiday di Pulau Pangkor


28/12/2015 ~ Orientasi Abang Adam darjah 1
Alhamdulilah, Abang Adam behave..
takde nak berdrama-drama bagai hehe...


Alhamdulilah, banyak kenangan terindah buat Kak Alycia dan family di tahun 2015 ni. Harapan Kak Alycia semoga kehidupan akan lebih ceria, bahagia dengan family di tahun 2016 akan datang. Selamat tinggal 2015   ;)

1 yang komen:

Azhafizah Md Nor said...

2015 banyak kenangan dengan kehadiran zhaffran :)

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com