Nuffnang Gadget

January 11, 2016

Abang Adam Darjah 1...

ok, minggu ni baru Kak Alycia nak cerita tentang Abang Adam dah sekolah darjah 1...
Alhamdulilah, ni dah masuk 2 minggu Abang Adam sekolah...
takde buat drama pagi-pagi pun...
dia ok je bangun pagi, terus mandi dan siap-siap nak ke sekolah...

memula nak cerita pasal hari Pendaftaran dan Orientasi...
kalau kat Putrajaya semua sekolah buat hari sama pada 28 Disember 2015...
kira seminggu awal dari tarikh buka sekolah...

memang malam tu nampak sangat dia tak sabar nak pergi sekolah...
dah siap dah letak buku dan kasut sekolah atas meja...
excited sungguh...
tapi yang  kelakarnya sampai malam tak boleh lelap mata...
sebab mengenangkan esok nak start sekolah kot...
kejap-kejap kejut mama kata tak boleh tido...
masa tu tengok jam dah pukul 1 pagi dah....
sampai mama pulak yang tension haha...

-- ok, pagi pertama nak pergi orientasi ... yang budak kecik tu excited jugak sebab ingat dia ikut sekali. padahal nak hantar dia dulu kat taska dia haha --

-- sampai sharp pukul 8.00 pagi. jadi orang 1st yang daftar... terus cikgu suruh duduk kat tepi nanti cikgu bawak pergi beratur --

-- ni masa perhimpunan... tengok muka budak-budak darjah 1 macam takde perasaan kan haha --

-- ni mama skodeng dia kat dalam kelas... semua pun buat muka toye.. ehh Adam tu dah start ngantuk dah tu, yelah malam tadi tak boleh nak lelap mata --

kak Alycia tinggalkan dia dalam kelas nak pergi dengar taklimat...
tengok cikgu bagi kertas suruh dia orang jawab...
macam test lah kiranya tu...

lepas tu wak tu rehat pun kak Alycia tunggu kat kantin...
cikgu bawak kan diaorang pergi kantin...
pagi tu sempat siapkan Adam nasi goreng bawak bekal...
sebab hari 1st tak tau macam mana keadaan kantin, dia dapat beli ke tak nanti tu...

yang bagusnya cikgu-cikgu akan ajar murid-murid duduk kat mana...
nak beli kat mana...
lepas makan dan minum pinggan dan cawan letak mana...
so, senang lah kat murid-murid...




oh ya, masa taklimat ibubapa ada sesi peneyrahan beg sekolah oleh UMNO Putrajaya...
kira macam sumbangan beg sekolah dari UMNO lah tu....
sebab Abang Adam nak huruf 1st, so terpilih lah antara 10 orang pelajar dapat beg dari UMNO masa sesi taklimat tu...
macam gikik lah...
tapi semu murid tahun 1 dapat beg sekolah, pensil box dan botol air sumbangan dari UMNO Putrajaya...

ok, habis dah hari Orientasi...
last week start sekolah pun hantar macam biasa...
mama dan papa pun cutilah 1 hari semangat nak hantar anak sekolah...
Abang Adam dah tau dah kelas dia kat mana...
terus pergi dalam kelas...


-- hari pertama sekolah, masa ni dah dapat tie dan nametag --

-- bento Abang Adam untuk hari pertama... walaupun takde deko-deko bagai tapi mama tetap bangga dapat siapkan bento untuk Adam --

ada tanya kat Abang Adam, nanti mama siapkan bekal Abang buat kartun-kartun (tunjuk gambar bento)...
Abang Adam kata tak nak lah mama...
malu lah Abang... tu kan macam budak-budak punya...
amboi, jawapan ikhlas dari anak lelaki haha...
macam dah besar sangat lah Abang Adam tu...
terus cancel mama nak buat bento-bento bagai untuk Abang Adam...
bawak bekal macam biasa jer lah...

tapi mama suka lah Abang bento-bento tu, sebab comelll hehe...

ok, itulah kisah hari pertama Adam sekolah...
walaupun bagi orang lain macam baisa jer, tapi bagi mama satu pengalaman indah dalam hidup mama dan papa sebab dapat merasa hantar anak ke sekolah....
ehhhh, memang feeling-feeling mak-mak ni...
ke korang pun rasa perasaan yang sama macam kak Alycia haha ;)


1 yang komen:

Raihanah Ahmad said...

semoga adam berjaya nanti, insyaAllah

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com