Nuffnang Gadget

January 7, 2016

Kisah Anak-anak Bujangku...

masuk keje tahun baru ni macam lemau sikit nak start keje...
maklumlah cuti lama sambung cuti New Year dengan cuti hantar anak sekolah...
so, harini kak Alycia nak cerita lah pasal anak-anak bujang kak Alycia...

ok, yang sulung Abang Adam dah masuk darjah 1 dah tahun ni...
memang tahun ni persiapan untuk sekolah Abang Adam papa dia yang over excited...
semua papa dia belikan...
papa dia kata rasa dah tua sangat lah bila anak dah masuk darjah 1 tu...
ha, tau pun pa... 

-- exsited nak sekolah --

perangai Abang Adam ni dia sekarang terlebih sentap sikit...
maklumlah lama takde adik...
beza dengan adik dia 6 tahun...
manja terlebih sikit...
kalau macam mama cakap Adam perlahan kan tv sikit, adik nak tido...
mesti muncung kata adik ni...
tapi dia seorang yang memang ada watak abang...
dah boleh diharaplah kalau nak tengokkan adik sekejap nak pergi mandi ke, solat ke...
rajin layan adik dia ...
selalu cakap dengan dia abang kan abang, so kena jaga adik...
slalu tanya mama bila abang nak jadi bomba...
nanti abang dah boleh ambik adik kat school...
mama kan dah tua tak boleh bawak kereta haha...
amboi abang, terlebih imaginasi tu abang...
lama lagi abang nak sekolah...

-- mama doakan abang jadi anak mama yang terbaik dan abang yang baik jaga adik --


ok, cerita pasal adik Zhafran pulak...
ohhh ya ampun dia ni lasak mengalahkan abang kecik-kecik dulu...
keje memanjat tu bagi kat dia...
abis semua nak dipanjat...
dan dia dah ada sindrom anak no 2...
maksudnya apa-apa pun dia nak menang...
contohnya kalau tengok tab pastu abang ambik nak main game, dia menangis melalak-lalak...
pastu mama marah abang suruh bagi adik tengok terus senyap...
pandang-pandang abang dia senyum-senyum...
kira dalam hatri yeyyy aku menang...

-- budak yang always nak menang --


tapi kalau lama tak jumpa abang dia tau pulak rindu...
tau pulak balik sekolah carik abang dulu dalam kereta...

-- gambar passport Zhafran... haritu nak register taska dia teacher suruh bagi gambar. malas mama nak bawak zhafran ambik gambar, so nilah jadi gambar passport Zhafran haha --

haiiii, baru ada anak 2 ni...
selalu tanya kat en ajip eh papa kita ni ada anak 2 je ke...
taknak ada yang gegirl pulak ke...
mama takde geng nak pakai reben pakai skirt ni papa haha...


inilah permata hati mama dan papa...
selalu menceriakan hidup mama dan papa...
mama doakan yang baik-baik ajer untuk anak-anak mama tau...
sayang Abang Adam dan Adik Zhafran (eh, tetiba rasa sebak...)
lempang kang, mak-mak memang camni kan haha...


2 yang komen:

Farah Waheda Wahid said...

memang nampak bujang sangat abang adam...

Farahain ZFA said...

anak bujang nanti jadi hero mama yang baik tau :)

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com