Nuffnang Gadget

January 7, 2016

Setahun Susukan Zhafran...


Bila genap setahun usia Zhafran, makan genap jugak lah setahun kak Alycia susukan Zhafran secara ekslusif...
syukur Ya Allah...
memang tak sangka sungguh...
sebab ni pengalaman kak Alycia dapat susukan Zhafan paling lama...
masa Abang Adam dulu hanya bertahan 3 bulan ajer...

memang macam-macam lah yang kak Alycia consume untuk tambah susu badan masa awal-awal dulu...
pernah try ESP Shaklee, Coklat Breastfeed, Ephyra, Habsyi Oil...
memang semua tu terbukti berkesan...
tapi bila Zhafran dah 6 bulan dah start solid food, kak Alycia cuma makan benda-benda yang basic jer untuk tambah susu badan...

Antara makanan yang kak Alycia selalu makan untuk tambah susu badan :

1. Sayur-sayuran hijau macam sawi, brokoli, bayam, sayur pakchoy – goreng atau sup.

2. Oat – selalu kak Alycia beli yang 3 in 1 tu dan minum waktu malam. Kenyang perut jugak ;)

3. Barli – minum air barli atau makan bubur barli.

4. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.

5. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe. Soya membantu memekatkan lagi susu ibu sebenarnya.

6. Horlicks - minum waktu pagi.

7. Produk tenusu macam air susu UHT dan yogurt. At least sekurang-kurangnya minum 2 kali susu sehari.

8. Kurma - ini yang paling mujarab kak Alycia rasa. Dekat rumah atau ofis memang kak Alycia pastikan ada stok kurma. Memakan makanan sunnah seperti kurma juga boleh membantu memperbanyakkan susu.

9. Coklat - selain untuk mereleasekan tension coklat ni jugak sebenarnya boleh membantu menambah susu badan. tapi kena makan beringat lah, janganlah melantak. kang lain pulak yang bertambah hehe..

10. Air kosong - ini paling penting. Kena banyak minum air kosong. Kalau kita sendiri kurang minum air macam mana nak dapat susu yang banyak kan...

ok, itu yang kak Alycia nak share kan...
Insya Allah target lepas ni nak sampai usi 2 tahun susukan Zhafran...
chayok chayok Kak Alycia...
doakan yer kawan-kawan ;)


4 yang komen:

Qaseh Suhaida said...

Tahniah...dah boleh dapat diploma penyususan ni..teruskan 2tahun nnt boleh dapat ijazah pulak

Mila Hilas said...

hai kak...comel baby.. :-)

p/s : pd pemahaman sy, kalo EKSKLUSIF menyusu bermaksud baby blm makan pape lagi selain susu ibu..HANYA susu ibu only.. blm mkn solid food.. hehe.. maafkan sy jika sy silap..

Azura Aziz said...

@Mila Hilas

tq for the komen.. haah, 6 bulan tu ekslusif.. lps tu dah cmpur solid food still bf tak campur susu formula ;)

Azura Aziz said...

@Qaseh Suhaida

Alhamdulilah. tq for the support yer ;)

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com