Nuffnang Gadget

January 15, 2016

Short Vacation : Port Dickson...

ok harini baru nak update pasal short vacation ke Port Dickson masa bulan 12 tahun lepas...
pergi 2 hari 1 malam jer pun sebab kebetulan ikut en Ajip ada event di sana...
tapi tau lah kan last-last minit nak book hotel, memang manjang penuh jer...
lagi-lagi time cuti sekolah...

last-last en Ajip book hotel di Avillion Admiral Cove...
1st time jugak stay di hotel ni...
tapi percayalah memang best sangat hotel ni...
1 sebabnya jauh dari pantai, hotel ni macam kat area teluk sikit...
dan hotel ni meriah dengan cruise... kira banyak private cruise akan park kat sini...
dan lagi 1 bilik yang sangat besar dan selesa...
pool pun sangat best untuk budak-budak mandi-manda...

-- sampai-sampai ofkoslah kena posing dulu... suka pulak tengok budak 2 orang ni pakai baju sama --

-- ni lah bilik hotelnya... bilik yang kami pilih ni adalah Premium --

-- katil sangat besar, King size... lepas tu yang katil kecik kat tepi tingkap tu macam sofa sebenarnya, untuk lepak-lepak --

memang pergi kat sini untuk berehat jer...
takde banyak aktiviti pun kami buat...
lepak dalam bilik lepas tu malam pergi makan kat pekan PD...
pagi tu breakfast di hotel dan terus buat aktiviti mandi-mandi kat pool...

-- ini view untuk pool --

-- biasa kalau acara mandi-manda ni papa dia yang rajin melayan... kak Alycia lebih suka jaga barang kat tepi hahaha --

mandi lah sampai lebam lepas tu nak naik bilik mandi dan check out...

-- lepas mandi syok pulak Zhafran tido.. tau lah penat mandi pool kan --

tepat pukul 12.00 tengah hari terus check out...

-- dan posing dulu sebelum balik... papa nanti kita datang sini lagi yer Abang Adam cakap --

-- sementara tunggu papanya settlekan bil, dah buat macam sofa sendiri budak 2 orang ni --

-- shoot view kat lobi sebelum balik --

walaupun hanya 1 malam, tapi puas hati sangat-sangat...
memang kak Alycia rekemen kan kat korang kalau nak cari hotel untuk tenangkan fikiran atau buat aktiviti mandi pool ...

Insya Allah akan datang lagi ;)


4 yang komen:

mummy_ayu said...

wah..menariks nya..tak pernah lagi stay situ. harga ok tak?

Tengku Fauziana said...

yup recommended..
avillion admiral cove memang best..harga pon ok..
kite g pon 1 mlm je...lps dinner pastu g pasar mlm pd..blk lepak kt sofa lobby dia..hahha..

lg 1 recommended klu pd thistle hotel..

Azura Aziz said...

@mummy_ayu

mmg best mamy ayu.. harga ok..

Azura Aziz said...

@Tengku Fauziana

ohh PD thistle hotel yer.. Insya Allah will try ;)

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com