Nuffnang Gadget

February 5, 2016

Didik Anak Ikut Sunnah Nabi...



Mendidik anak-anak yang sedang membesar sekarang ni memang 1 cabaran hebat buat kita sebagai ibubapa kan...
Kak Alycia akui sangat...
lagi-lagi Abang Adam yang sedang membesar dan dah mula bersekolah ni...
dulu kita ibubapa jer yang rapat dengan dia...
sekarang dia dah ada kawan-kawan di sekolah...

Kak Alycia ada terbaca di Majalah PA&MA tentang Didik Anak Mengikut Sunnah Nabi...
Rasanya nak share sama-sama kat sini sebagai panduan kita bersama...

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mendidik anak di zaman super teknologi ini sangat mencabar. Pengaruh media sosial dan media utama banyak mempengaruhi corak pendidikan anak-anak.

Sebagai keluarga Muslim, sudah tentu kita mahu mendidik anak-anak mengikut acuan Islam. Mengenalkan Rasulullah SAW kepada anak-anak bukan tugas yang mudah. Tetapi kita wajib mengenalkan Nabi junjungan besar kita kepada anak-anak. Biarkan mereka menyayangi dan mencintai Baginda Rasulullah sepenuh hati.

Oleh itu beritahu kepada anak-anak betapa beruntungnya mereka yang membesar dengan mengikut sunnah Nabi dalam menjalani kehidupan seharian. Biarlah hidup anak-anak kita diberkati oleh Allah SWT atas rasa cinta mereka yang tidak berbelah bahagi kepada Nabi Muhammad SAW yang kita sayangi.

Berikut antara sunnah Nabi yang boleh kita ajarkan kepada anak-anak untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.

1. Banyakkan senyuman

Ajar anak supaya tak lokek senyuman. Katakan kepada mereka senyum itu satu sedekah. Nabi SAW juga seorang manusia yang banyak tersenyum. Biarlah anak kita membesar sebagai anak yang suka tersenyum dan hendak mencontohi akhlak Nabi SAW.

2. Membaca surah al Ikhlas, al Falaq dan an Naas sebelum tidur

Aisyah r.ha. meriwayatkan: “Setiap kali hendak tidur pada malam hari, Rasulullah SAW selalu menadahkan kedua tapak tangan sambil membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas kemudian Baginda meniup kedua-dua tapak tangan tersebut.

Setelah itu, Baginda menyapu bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai dari kepala, wajah lalu bahagian depan tubuh Baginda. Hal itu Baginda lakukan sebanyak tiga kali.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad). Ceritakan kepada anak tentang kisah ini supaya mereka berazam mengikut amalan Rasulullah.

3. Duduk ketika minum

Sebaik si kecil sudah belajar minum air, ajarkan dia supaya setiap kali hendak minum mestilah duduk. Melentur buluh biar dari rebungnya, barulah berjaya mendidik anak menjadi anak soleh/solehah.

4. Membaca Bismillah ketika hendak makan/minum

Didikan ini boleh dimulakan sejak bayi kecil lagi. Setiap kali hendak menyusukan anak mulakan dengan bacaan Bismillah. Secara tidak langsung si kecil tahu bacaan Bismillah mesti dibaca setiap kali hendak makan atau minum.

5. Mengucap Alhamdulillah setelah makan/minum

Selepas selesai anak minum susu, ajarkan dia mengucapkan Alhamdulillah sebagai ucapan terima kasih kepada Allah SWT yang memberikan rezeki.

6. Rajin bersedekah

Jika anak sudah ke sekolah tadika, bolehlah mengajarnya kebaikan bersedekah. Tak perlu banyak, mungkin boleh dimulakan dengan nilai yang sedikit mengikut kemampuan masing-masing. Sekurang-kurangnya dia membesar sebagai anak yang tidak kedekut dan suka bersedekah sepertimana Rasulullah berpesan suapaya kita menjaga sedekah setiap hari.

Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

7. Dahulukan anggota kanan

Daripada Aisyah, katanya: “Rasulullah SAW lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal (perbuatan) seperti memakai kasut, bersikat, berwuduk dan mandi.” (Hadis riwayat Muslim). Maka didiklah anak-anak anda untuk mendahulukan anggota kanan dalam setiap urusan seharian mereka.

8. Baca surah al-Kahfi setiap Jumaat

Kelebihan membaca surah al-Kahfi setiap hari Jumaat sememangnya sudah diberitahu oleh Rasulullah SAW. Maka ajarkan anak anda untuk membuat amalan ini di setiap hari Jumaat dan bukannya membaca surah Yassin. Surah Yassin boleh dibaca pada bila-bila masa sahaja.

9. Berjimat menggunakan air

Kanak-kanak perlu diajar supaya tidak membazir dalam banyak hal. Antaranya penggunaan air. Biasanya kanak-kanak suka main air semasa mandi. Jadi beritahu mreka, Rasulullah mengajar kita supaya sentiasa berjimat semasa menggunakan air.

10.Tidak mencela makanan

Kadang kala si kecil akan menunjukkan mimik muka tidak sukanya terhadap makanan yang dihidang tanpa berselindung. Jangan biarkan kelakuan tersebut tanpa teguran. Katakan kepadanya bahawa perbuatan tidak mencela makanan adalah sunnah Rasulullah SAW. Jadi kalau kita sayang akan Rasulullah maka perlulah mengikut apa yang diajarkan.

Semoga anak-anak kita membesar sebagai anak yang soleh dan solehah mengikut acuan didikan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

(Sumber : Majalah PA&MA)


2 yang komen:

syawalsimpsons said...

info yang baik..moga kiter sebagai ibu ni dapat laksanakannya dengan sebaiknya

Azhafizah Md Nor said...

semoga anak anak kita dapat dididik dengan sebaiknya

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com