Nuffnang Gadget

February 23, 2016

Zhafran Dah Pandai Jalan...

Alhamdulilah, Zhafran dah dapat berjalan genap usia 1 tahun 1 bulan...
kira 2 bulan awal dari Abang Adam...
Abang Adam dulu 1 tahun 3 bulan bau berjalan...

chayok-chayok anak mama...
bila anak dah pandai jalan ni, memang kalau kita dukung tak nak...
nangis-nangis nak suruh lepaskan...
nak jalan sendiri konon-konon dah besar...

-- tengok, muka eksen dah pandai jalan --

-- pandai dah pegang tangan mama nak ajal jalan-jalan --

Jom kita baca apakah perkembangan bayi seterusnya setelah dapat berjalan.

1. Pada usia 14 bulan, anak anda patut berupaya berdiri sendiri, boleh membongkok ke bawah dan berdiri tegak semula, dan mungkin sudah mula belajar berjalan mengundur.

2. Biasanya kanak-kanak pada usia 15 bulan sudah pandai berjalan dan suka menolak dan menarik mainan ketika berjalan.
3. Pada usia sekitar 16 bulan, anak anda akan mula berminat menaiki dan menuruni tangga – namun dia tidak dapat menguasai kemahiran ini untuk beberapa bulan lagi.

4. Kebanyakan kanak-kanak 18 bulan sudah mahir berjalan. Ramai boleh naik tangga dengan sedikit bantuan (tetapi mereka memerlukan pertolongan untuk turun tangga selama beberapa bulan lagi) dan gemar memanjat perabot. Anak anda mungkin akan cuba menendang bola, tetapi tidak akan selalu berjaya, dan mungkin dia juga suka menari jika mendengar muzik.

5. Pada usia 25 atau 26 bulan, langkah anak anda akan menjadi lebih sekata dan dia lebih selesa dengan pergerakan tumit ke jari kaki seperti orang dewasa. Pada usia ini juga dia akan lebih mahir melompat.

          (Sumber : SINI)


2 yang komen:

syawalsimpsons said...

kejap je masa berlalu

adianiez AIDA said...

izzat tu dulu 1 thn 4 bulan baru jalan tau.
lambat!

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com