Nuffnang Gadget

March 11, 2016

Anniversary Gateaway Di Hotel Empire Subang...

lama dah terperap posting ni...
sebenarnya masa anniversary pada 8.2.2016 haritu, en Ajip ajak pergi bercuti...
tapi disebabkan Zhafran tak sihat demam, so trylah pergi bercuti tempat yang dekat-dekat jer...
janji dapat tido hotel...
sebab dah janji kan dengan Abang Adam...
puaslah en Ajip google kat Agoda mana hotel terdekat yang best, last-last dia pilih Hotel Empire Subang...

ambik 1 malam jer pun...

siang tu kitaorang pergi Shah Alam dulu, sebab nak beli kain baju raya...
dah alang-alang Jakel buat sales kan...
lagipun malas nak beli lambat-lambat nanti susah nak tempah...

-- tengok beria en Ajip pilih kain --

masa ni pun Zhafran tak sihat sangat, dia demam ada masa merengek jer...

lepas tu makan dulu di Wong Solo, dan terus ke Empire Subang...

sampai-sampai terus tengok bilik yang dah booking...
en Ajip kata dia tak pandai nak request kat Agoda nak letak yang itik cium-cium tu, yang macam dalam tv tu haha...

Bilik kami pilih adalah Premier Essential...

(gambar semua dari website Empire Hotel Subang)
lupa nak snap gambar da...




memang kami lepak jer dalam hotel...
petang tu jer keluar sekejap jalan-jalan ke Subang Parade...
lepas tu malam tu dinner di Bumbu Bali di Empire Subang...

ok nanti cerita dinner kita cerita lain...

esoknya pukul 12.00 terus check out...
nak bawak Adik Zhafran pergi klinik...

sebelum tu sempatlah layan sekejap posing-posing di lobi hotel...

-- kat sini memang lampu nampak suram sikit, tapi decoration cantik --

-- my two heroes --

-- yang kecik tu nampak sangat anak papa, nak berkepit dengan papa jer --

-- sebab masa ni Chinese New Year kam, so kenalah dengan tema dia tu --

-- laki den kadang-kadang poning jugak layan ootd dia ni --

ok, itu jer cerita gateaway kami...
Walaupun sekejap tapi Alhamdulilah, puas...
dapat berehat dengan insan-insan tersayang...

ok, untuk info lebih lanjut tentang Empire Hotel Subang ni boleh tengok kat SINI...
tapi booking melalui Agoda rasanya harga lebih murah...



0 yang komen:

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com