Nuffnang Gadget

March 10, 2016

Celebrate Birthday Abang Adam Ke-7 ...

eh, bila tengok-tengok gambar mama lupa sebenarnya tak buat entry celebrate birthday Abang Adam lagi...

Birthday Abang Adam jatuh pada 18 Februari 2016...
pada hari tu Abang Adam ada sukan kat sekolah...
bila datang tengahari tengok dia di sekolah, dari jauh dah bawak sekotak KFC...
dia kata cikgu bagi lepas sukan...
bila tanya cikgu dalam group wasup cikgu kata ada parents belanja semua budak darjah 1...
Alhamdulilah, murah rezeki parent tu...

-- sedang menikmati KFC bersama kawan-kawan di kantin --

so, petang tu janji dengan dia balik sekolah terus siap-siap pergi keluar makan...
nak celebrate birthday Abang...
sebab tahun ni dah besar dah 7 tahun, so takdelah nak request kek tema-tema potong kat sekolah...
tapi dia dah request hadiah siap-siap...
nak mainan ultraman dan kaler pensil Faber Castle yang paling besar tu...
yang 48 kaler tu...
yang mama belikan masa nak masuk sekolah 24 kaler tu tak cukup besar bagi dia...

-- ni lokasi pertama yang di tuju di IOI Mall, kedai Adidas. papa belanja kasut Adidas 1 sebab kasut jalan pun dah kecik. ni kira beli terus untuk pakai raya sekali --

-- tengok ada pulak pembantu kedai kasut Adidas nak susun kasut jugak. susun ke sepah dik --

dan mama telah di paw oleh Abang Adam mainan Ultraman dan kaler pensil...
apa entah nama mainan tu mama pun tak tau...
nanti mama snap gambar lupa pulak nak snap...

dan bila birthday boy dah dapat apa yang dihajati, tempat makan mana-mana pun tak kisah...
so ikut tekak mama dan papa kita makan jer kat Ayam Penyet di IOI ni...
sedap Bawal Bakarnya. Tapi air alpukat pulak dah habis...

-- beli kek 2 slice then kita nyanyi lagu happy birthday to u untuk Abang --

Alhamdulilah, small celebration jer dalam family...
yang penting dapat sambut dengan insan-insan tersayang...

untuk Abang Adam, mama doakan yang baik-baik ajer untuk abang tau...
good boy, jadi anak yang baik dan soleh, sayang mama, papa dan adik sampai bila-bila tau...


2 yang komen:

Eka Tikah said...

happy birthday utk abg yg ke-7. hehe. jadi anak soleh utk mama dan papa ye ^^

Azhafizah Md Nor said...

seronok abang adam macam macam dapat tu..happy belated birthday abang adam.moga membesar menjadi anak yang soleh dan abang yang baik :)

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com