Nuffnang Gadget

March 28, 2016

Cook With Love - Part 2...

lama pulak kak Alycia tak buat entry Cook With Love ni...
sebenarnya nama asalnya entry Masak-masak...
tapi tahun 2016 ni ditukar kepada Cook With Love...
poyo sangat kan...

-- Gulai Puyuh Salai Campur Pucuk Ubi --

bila balik ke Kuala Pilah, mesti Kak Alycia tak lupa nak beli puyuh salai...
kalau siapa biasa beli femes puyuh salai ni kat Kedai Apak, dekat dengan simpang Pelangai Kampung Seri Jemapoh...

bila balik kampung mak mertua Kak Alycia siap tapawkan sekali pucuk ubi yang tanam kat belakang rumah...
wah, jimat tak payah beli pucuk ubi...
syokkan kalau duduk kampung dapat bercucuk tanam macam tu...
nak makan petik jer kat belakang rumah...

-- takde nak masak lauk lain, gulai puyuh salai campur pucuk ubi da telor dadar pun dah laju dah makan --

-- ni pulak Ayam Masak Kicap dan Gulai Daging Salai Campur Pucuk Ubi --

ehh, orang Negeri Sembilan ni memang suka masak lemak ke...
tak jugak lah...
tapi kebetulan lepas masak puyuh salai tu ada member ofis jual daging salai pulak...
dapat stok dari Kampung di Kuala Pilah...
ofkos lah Kak Alycia beli...
pucuk ubi pulak setiap kali balik kampung mesti petik kat belakang rumah yang mak Kak Alycia tanam...
pastu budak-budak pulak kesian pulak lauk pedas...
masak kanlah ayam masak kicap...
sekarang ni Adik Zhafran dah makan nasi...
so, mama kenalah masak lauk yang tak pedas untuk Abang Adam dan Adik Zhafran...

-- ni pulak Gulai Tempoyak Ikan Patin, Sambal Paru dan Salad --

biasa en Ajip mesti wasup kalau pergi makan kedai Waghih kat Shah Alam...
memang sedap masakan Negeri Sembilan kat kedai tu...
terus kirim bawak balik gulai tempoyak ikan patin dan sambal paru....
salad tu stok makanan sihat kat rumah hehe...



Kak Alycia wasup kat en Ajip mana ehh nak carik kerang rebus...
teringin nak makan kerang rebus...
en Ajip cakap beli jerlah kerang rebus sendiri...
masalahnya petang-petang lepas ofis ni ada ke kerang orang jual...
terus dia cakap nanti dia runner kat pasar tani Putrajaya...
kebetulan tinggal 1 bungkus jer kerang...
kenyang malam tu makan kerang rebus 2 kilo hehe...


kalau hari-hari makan nasi pun bosan jugakkan...
tulah ibu-ibu ni kan, balik rumah pening nak masak apa...
terus tanya en Ajip nak makan apa yer malam ni...
bosan lah makan nasik...
terus en Ajip kata masak maggi goreng lah...
kebetulan ada jer stok megi kat rumah...
so, malam tu terus masak maggi goreng, lepas tu goreng Chicken Finggers...
eh, sedaplah Chicken Fingers jenama CP ni...
kalau goreng laju jer Abang Adam dengan Adik Zhafran makan...
tapi Sabtu lepas cari di Tesco IOI Mall tak jumpa pulak huhu...


ni memang menu nak habiskan stok...
cakap kat en Ajip malam ni goreng ikan sardin pastu buat sambal telor pecah boleh tak...
en Ajip on jer...
sebab tinggal 3 ekor jer ikan sardin tu kat petiais...
sambal telor pecah tu sebab nak kasi pedas...
kalau makan lauk tak pedas pun tak syok jugakkan...

ok, tu jerlah buat masa ni koleksi Cook With Love yang kak Alycia ada...
siapa ada follow IG Kak Alycia : @myalycia mesti tau Kak Alycia ada buat hashtag #chefmyalycia kat Ig tu...
amboi chef lah sangat kan hehe...


2 yang komen:

Farah Waheda Wahid said...

alahaiii, terliur dan terliur dan terliur... hu hu hu...

Chekgu Azrine said...

meriahnya makanan...
semua namopak sedap

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com