Nuffnang Gadget

March 10, 2016

Jalan-jalan IKEA Cheras...

Dah lama sebenarnya tak ke IKEA sejak ada Adik Zhafran ni...
faham-faham jerlah kan nak ke tempat yang crowded macam tu dengan bawak budak kecik...
kang macam-macam ragam kang...
ohh, baik tak payah...

tapi sejak Adik Zhafran dah start pandai jalan, barulah kami bawak dia explore tempat ramai-ramai orang ni sikit-sikit...
ajak en Ajip ke IKEA sebenarnya bukan nak shoping...
tapi nak makan meatball...
lama dah tak makan meatball IKEA...

dah alang-alang ada IKEA lagi dekat dah bukak kan kat Cheras tu, so kita terjah IKEA yang baru...

memang banyak parking compare dengan IKEA Damansara tu tapi banyak yang tak open lagi...
tambah kena pandai carik parking yg dekat dengan pintu utama...
kalau tak lenguh lah kena berjalan...

sampai-sampai tempat pertama dituju adalah Food Court...

kat Food Court pun ruang makan lebih banyak dan lebih selesa compare dengan yang lama...

-- dua orang budak yang tak sabar nak naik troli IKEA --

-- kalau kat sini memang Abang Adam jadi rajin nak ikut mama beli makanan. sebab ada troli bole tolak sendiri --

-- pilihan tekak masing-masing. ada meatball, ada chicken wing dan ayam rosted --



-- budak yang dah pandai nak jalan ni kan, memang tak boleh duduk diam-diam --

lepas abis makan, masuk kejap kat show room sambil cuci mata sambil berangan...
Kak Alycia nak carik pinggan plastik untuk budak-budak makan tu...
senang nak bagi Zhafran makan, abis pinggan makan Cars Abang Adam dia campak-campaknya...

lepas tu berkenan jugak dengan penyangkut baju budak-budak...
letak dalam bilik Abang Adam, senang nak letak baju sekolah yang dah iron...

ha, tu jer kot yg dibeli...

-- dan tak lupa karipap IKEA buat minum petang kat rumah --


4 yang komen:

Nad MamaZN said...

teringin nak g ikea cheras

Normi Nieza said...

SDAPNYA CHICKEN WING TU:)

Eka Tikah said...

bilalah nak pergi sana. hehe. nama je dekat.

Azhafizah Md Nor said...

pergi IKEA mesti beli karipap tu..sedap kan

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com