Nuffnang Gadget

March 9, 2016

Resepi Ketam Goreng Telor Masin



okeh, seperti yang Kak Alycia janjikan ni Kak Alycia share Resepi Ketam Goreng Telor Masin...
resepi ni dari Blog Qaseh Honey...
so Kak Alycia kopipes jer kat sini...
Tengkiu Qaseh Honey share resepi yang ringkas dan sedap ni ;)

(Sumber : Blog Qaseh Honey)

Bahan-bahan :-

· 3 ekor ketam bunga
· 10 biji cili api – dihiris ikut kepedasan masing-masing
· 2 tangkai daun kari
· 3 sudu besar butter
· 5 biji telur masin
· 2 biji putih telur masin
· 1 sudu kecil gula
· 3 sudu besar susu cair
· 2 biji bawang putih - di ketuk
· 3 sudu besar tepung jagung
· garam
· serbuk lada sulah secukupnya
· minyak masak untuk menggoreng



Caranya :-

1. Rebus telur masin sampai masak, asingkan kuning telur dan hancurkan.

2. Bersihkan ketam potong kepada dua bahagian, goreng dengan tepung jagung.

3. Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi sampai wangi

4. Masukkan telur masin yang telah dihancurkan tadi.

5. Masukkan susu segar, gula dan lada sulah..perasakan kesemuanya.

6. Kacau rata, tunggu sampai kuah tu sedikit berbuih, masukkan ketam kacau rata dan sedia dihidang.


4 yang komen:

mama tisya said...

mmg mudah je kn...lapar la plak

Eka Tikah said...

sedapnyaaa ketamm. lama tak makan. hmm

Azhafizah Md Nor said...

Terima kasih kak share resepi..rajin rajin boleh masak. selalu masak ketam bercili je ala ala shell out kononnya.

Normi Nieza said...

MUDAH N SEDAP..:)

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com