Nuffnang Gadget

March 24, 2016

Riadah Petang Di Ayer 8 Putrajaya...

ni kisah masa Abang Adam demam...
sian, dia asyik terperap jer kat rumah...
so, tengok cuaca petang macam redup jer tak panas...
terus ajak papa pergi minum petang jap kat Ayer 8...

sampai-sampai kat Zawara ingat nak order churros jer...
sekali tekak orang demam tu nak makan spagetti pulak...
adoiii, terpaksa lah layankan tekak orang demam...
cakap dengan papa takde untung kita harini minum petang dah dekat RM 50 haha...

-- yang abang demam moyok jer. yang adik tak demam sampai atas meja dia duduk --

lepas tu time ni tengah ada pesta belon panas tu...
tunggu jugaklah kan kot-kot boleh unjuk budak-budak belon-belon panas berterbangan di udara...
sekali hampehhh, dua tiga belon jer terbang...
agaknya petang-petang belon panas malas nak terbang kot huhu...

so, kita layanlah main bubble tepi tasik kat Ayer 8 ni...
ramai jugak parents yang bawak anak-anak main bubbles ni rupanya kat sini...
kitaorang baru 1st time datang...

-- papa tengah melayan anak-anak main bubbles --

-- ha, belon panas yang tu memang ada seketoi jeer kat situ... memang untuk orang ramai merasa naik belon panas kot --

-- yang adik Zhafran ni tak excited nak main bubbles. tapi dia dok sibuk tengok budak-budak main kuda token tu --

ok jugaklah beridah kat Ayer 8 ni...
sebab suasana tak panas sangat...
dan bolehlah santai-santai tepi tasik...
nak mandi-mandi kolam malas time panas-panas ni...


0 yang komen:

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com