Nuffnang Gadget

April 5, 2016

Bento Sekolah Adam...

setakat Adam sekolah dari awal tahun sampai bulan April ni takdelah Kak Alycia hari-hari masak bekal Adam...
selalu buat pun on request...
yang selalu Adam request macam makaroni goreng, nasi goreng, roti telor, nugget...
dan bila mama free pagi-pagi lepas masak nak ambik gambar haha...
kalau kelam-kabut memang tak sempat nak snap...

ok, ni antara bekal yang Abang Adam selalu bawak ke sekolah...

-- makaroni goreng + nugget + air teh O --

sejak Adik Zhafran dah tak makan bubur ni, kena tambah lagi 1 bekal untuk dia...
cikgu dia kata suka sangat dia kalau makan nasi goreng, makaroni goreng...
so, kenalah mama buat tak pedas untuk anak-anak...


-- ni nasi goreng. 1 untuk Abang Adam, 1 untuk mama dan 1 untuk Adik Zhafran --

-- lagi sekali makaroni goreng. 1 untuk Abang Adam, 1 untuk mama dan 1 untuk Adik Zhafran --

Alhamdulilah, walaupun menu biasa-biasa jer yang kalau terer masak tu pejam mata pun boleh masak...
tapi mama tetap puas dapat siapkan bekalan anak-anak...
lagi-lagi kalau jemput Adam balik sekolah dia siap habiskan bekal dia tu dalam kereta...
nak menitik air mata mama tengok...
terharu sangat huhu...


1 yang komen:

syawalsimpsons said...

seronok bila anak2 abiskan makanan yang kiter masak kan

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com