Nuffnang Gadget

April 28, 2016

Jalan-jalan Dataran Merdeka...

selepas makan roti Cheese Naan yang sedap tu, tak tau nak pergi mana...
nak balik Putrajaya macam awal sangat...
malam minggu kan, malam masih muda haha...

lagi pun inilah 1st time bawak Zhafran jalan-jalan KL waktu malam...
memang dia pun jakun lah sekejap tengok banyak lampu...
terus en Ajip kata jomlah bawak budak-budak lepak kat Dataran Merdeka...

bila sampai kat Dataran Merdeka memang ramai jugak parent bawak anak-anak...
main permainan lampu-lampu tu...
ni yang buat Adam terpengaruh nak beli jugak...
takpelah, layankan jer lah...

-- dah dapat 1 paw kat papa --

lama jugak lah papa dia ajar macam mana main benda alah ni...
mama dari jauh siap jerit-jerit cakap alah Adam macam main lastit tu...
Adam tanya lastit tu apa mama...
adoiii, budak bandar betul Adam ni la...

bila abang dah dapat, Adik pun sibuk nak mainan lampu-lampu ni...
siap duduk jer sebelah pakcik jual mainan ni...
pegang-pegang mainan tu...
last-last kena belikan jugak...

-- ha, dah dapat dah Zhafran punya Angry Bird --

eksen, mentang-mentang 1st time mama papa bawak jalan malam-malam...

-- tak nak pegang, nak jalan sendiri --

oklah kan sesekali bawak budak-budak lepak sini...
balik malam tu dua-dua tidur lena kepenatan...
sambung pulak aktiviti dengan anak-anak esoknya...

thanks reading this entry ;)


1 yang komen:

zulhilmitempoyak said...

happy dia pon.. hehehe

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com