Nuffnang Gadget

April 7, 2016

Lepas Setahun Bersalin Baru Makan Laksa...


minggu lepas kak Alycia dapat makan laksa...
teringin sangat nak makan...
sebabnya selepas bersalin kan Zhafran, baru nilah 1st time kak Alycia makan laksa dengan sepuasnya...
selepas tempoh 1 tahun 3 bulan...
entahlah, Kak Alycia dengar kata orang tua-tua kalau lepas bersalin kena pantang makan laksa sekurang-kurangnya setahun...
sebab laksa ni salah satu makanan yang dikategorikan makanan sejuk...
 Kak Alycia ni bukanlah ikut sangat pun pantang orang tua-tua dulu, tapi mana yang rasa elok dan tak memudaratkan kesihatan tu Kak Alycia ikutlah...

Ni antara info yang Kak Alycia sempat google makanan yang perlu dielakkan selepas bersalin :

Di antara makanan-makanan yang dilarang dan perlu dielakkan semasa dalam pantang adalah seperti berikut:

1. Makanan yang boleh menyebabkan gatal seperti udang, sotong, ayam dan lain-lain.
2. Makanan yang sejuk seperti sayur-sayuran, buah-buahan, teh dan lain-lain.
3. Makanan yang tajam seperti nanas, air tebu dan sebagainya.
4. Makanan yang berangin seperti nangka, pulut, petai, ubi kayu dan sebagainya.
5. Makanan yang beracun atau berbisa seperti pisang, roti yang dicampur dengan ibu roti dan sesetengah jenis ikan seperti pari, terubuk dan sebagainya.
6. Makanan yang berminyak seperti santan, kacang, minyak masak dan sebagainya.

Makanan ibu semasa dalam pantang perlu dijaga supaya tidak menjejaskan kesihatan ibu terutama ibu yang menyusukan anak. Jika hal ini tidak diambil berat, kesihatan anak juga turut terjejas umpamanya anak terkena ruam panas, kembung perut dan sebagainya. Selain itu makanan sejuk boleh menyebabkan kebas, pening, sakit urat saraf, sesak nafas, sakit sendi, kejang-kejang otot, kancing gigi dan turun darah.

(Sumber : SINI)


1 yang komen:

Mila Hilas said...

sy x pantang pn kak laksa...2 2 anak sy bedal laksa time 45hari..hehe.. betul2 pas habis pantang.. xtahan kak tgk laksa tu melambai2 kiki...mak pon bg green lite je

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com