Nuffnang Gadget

April 11, 2016

Outing Di IOI Mall Putrajaya...

Hujung bulan lepas kebetulan anak sedara en Ajip datang kat rumah...
saje nak datang rumah sebab roomate yang lain balik kampung...
actually anak sedara en Ajip ni belajar di Infotech MARA Bangi...
so, kitaorang lah sedara paling dekat kat sini...
nak balik rumah parents dia jauh kat JB...

dah alang-alang datang tu bawak Shira jalan-jalan ke IOI Mall Putrajaya...
kebetulan nak beli barang rumah sikit kat TESCO...

-- inilah anak sedara en Ajip tu, Shira namanya... dah sama besar dah kan dengan mak sedara dia.. eh Adam tu sibuk jer --

so, lepas beli barang terus decide nak makan kat mana...
en Ajip kalau ke IOI Mall ni mesti nak makan kat Dapur Penyet...
dia kata bawal bakar dengan daging bakar sedap kat sini...
ok, jomlah kita makan...

-- nah, hidangan pilihan kami. Ada yang nak ayam Penyet, ada yang nak bawal penyet. Kak Alycia pilih soto ayam. suapkan Adik Zhafran sekali makan. suka dia makan soto --

lepas tu pusing-pusing kejap kat IOI Mall terus balik...

-- posing berempat lak. eh tengok Abang Adam, gigi depan tu dah rongak tapi sibuk nak posing tunjuk gigi. eiiii geram --

-- bila mama ajak anak-anak bujang mama posing macam ni lah pesennya. sorang nak tengok belon, sorang sibuk dengan mainan. mama redha huhu --

ok, itu jer aktiviti hujung minggu jalan-jalan dengan anak sedara...
eh, minggu ni pun ada jugak aktiviti...
jap lagi update yer...

thank you for reading this entry ;)


3 yang komen:

syawalsimpsons said...

seronok sesekali dapat outing kan

Siti Rohaida Yusof said...

bestnya outing..makan-makan...hilang stress hehe

Normi Nieza said...

amboi..bestnya adam..:)

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com