Nuffnang Gadget

May 12, 2016

Main Masak-Masak...

Bila tengok kat stok gambar dalam kamera henfon, banyak pulak gambar makanan...
selalu en Ajip tanya apsal nak kena ambik gambar makanan...
kak Alycia cakap senang nanti nak buat modal update blog...
lagi pun Kak Alycia kan dah ada hashtag #chefmyalycia kat Instagram kak Alycia...
haruslah kan post pasal masakan hehe...
Kak Alycia chef di rumah jer ;)
kalau nak follow kak Alycia silalah cari @myalycia...
nanti Kak Alycia approve...
eh, macam retis sangat kan ;)

jom lah tengok gambar masakan yang ada...

-- Gulai Udang Campur Pucuk Ubi --

tak sah kalau tak balik kampung rumah Nekma petik pucuk ubi...
musim-musim hujan ni lagilah merimbun pucuk ubi rumah Nekma...
lepas tu gulai dengan udang, perghhhh sedapp...

-- bekalan Adam, adik Zhafran dan mama. Apa lagi kalau bukan makaroni goreng --

Makaroni goreng tu dah jadi menu wajib time weekend or time Adam request nak bawak bekal...
tak taulah apa yang dia suka sangat kat makaroni tu...
memang selalu time weekend kak Alycia masak banyak, Adam tak kan makan nasik tengahari tu, makaroni lah dia hadap sampai habis...
tengok Adik Zhafran pun macam dah suka makaroni jugak...
pengaruh si abang Adam...

-- yang ni Spageti Goreng. sama juga spesis macam makaroni kan. Lepas tu goreng nugget ayam --

-- si kecik tu sekarang tak nak makan bersuap. nak makan sendiri --

-- ni bekalan Mee Goreng Basah untuk Abang Adam, Adik Zhafran dan mama --

tetiba Adam request nak bawak bekal mee goreng...
kebetulan pergi apsar tani beli sayur, sekali dia nampak mee kuning kat situ...
terus request esok Adam nak bawak bekal mee goreng...
suka hati jer kan...

ok, ada lagi ni stok gambar masakan...
tunggu kak Alycia edit letak watermark cantik-cantik dulu yer ;)


5 yang komen:

Haslinda Lynn said...

sedapnya pucuk ubi masak lemak tu

Farahain ZFA said...

alaaaa ,, sedaaapnyaaaa..

Nad MamaZN said...

masak lemak pucuk ubi n udang tu sedappp

Azhafizah Md Nor said...

perghh..memang terliur tengok gulai udang pucuk ubi tu.

Maria Firdz said...

Sedapnya.. Tengok udang tu lagi buat rasa lapar...

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com