Nuffnang Gadget

May 13, 2016

Masak dan Makan...

Rasanya bila gambar masakan dan makanan dah banyak sangat, ini jer kot yang senang buat modal nak update blog hehe...
lagipun dah hari Jumaat ni kan, mood bekerja pun dah ke laut...
dah fikir nak cuti 2 hari jer hujung minggu ni...
jadi entry pun kena santai-santai jugak ikut mood pembaca...

-- Nasi Lemak Homemad With Love --

entah apa mood rajin tetiba nak masak nasik lemak...
ni aktiviti time cuti la, kalau hari biasa memang tak lah...
cakap dengan Adam esok mama nak buat nasik lemak lah...
terus Adam tanya mama pandai ke buat sambal...
perghhh, sentap mak...
macam lah mama tak pandai, terus semangat pagi tu masak nasik lemak...
dia jugak yang habiskan nasi lemak mama buat...

--menu ayam masak kicap, paru goreng sambal dan ulam pegaga --

bila belek-belek Majalah RASA tetiba nampak pulak resepi paru goreng berlada...
perghhh, sedap lah pulak...
terus esok pagi tu ajak en Ajip pergi pasar beli paru...

-- Paru Goreng Berlada --

maka terhasil lah paru goreng berlada ni...
ehhh, tetiba pulak weekend ni nak masak paru...

-- Makaroni Goreng --

kan Kak Alycia dah kata makaroni goreng ni menu wajib time weekend...
tengok banyak kan Kak Alycia masak...
mama dan papa makan sikit jer...
lebih tu Abang Adam yang makan...
sarapan makan makaroni, minum pagi makan makaroni, tengah hari pun dia belasah makaroni...
sedappp sangat mama katanya...



-- roti homemade --

ni bukan kak Alycia yang buat yer...
bab meroti ni belum pandai lagi + oven pun dah rosak...
ini kawan opis kak Alycia jual...
biasa sebelum balik petang tu post dalam group dapur sapa nak order roti esok...
berderet order...
roti kacang 2 roti sosej 1...
pagi-pagi sampai opis dah ada atas meja...
senang kan...
kagum betul orang yang pandai meroti ni sampai boleh buat bisnes...

ok, tu jer nak cerita...

happy weekend u allss ;)


3 yang komen:

Farahain ZFA said...

sedapppnya..

Nad MamaZN said...

sama menu kita.. arini masak nasi lemak jugak :)

Azhafizah Md Nor said...

sorry kak lama tak singgah sini..sibuk nau nau sekarang ni..bestnya tengok banyak menu macam ni..happy tummy.

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com