Nuffnang Gadget

May 27, 2016

Mini Kebun Saya...

Salam Jumaat yang barakah untuk semua geng blog Kak Alycia...
sorry lah, Kak Alycia lama tak update blog...
minggu lepas ada training, lepas tu cuti pulak Adik Zhafran demam + batuk...
harini baru masuk opis balik...

oh ya, Kak Alycia nak cerita ni...
Kak Alycia ada lah terfollow Ig @makcikmanggis sebab suka tengok @makcikmanggis ni bercucuk tanam kat rumah dan memasak...
hai-hari tengok terus terminat jugak nak bercucuk tanam...
kalau tanam bunga dan orkid tu memang adalah kat rumah...
tapi ni baru nak start tanam sayur pulak...
mulakan eksperimen berkebun dengan 2 pasu dulu...
maklumlah kak Alycia tinggal di apartmen...
so, hanya boleh berkebun dalam pasu jer...





ini tanaman yang Kak Alycia start tanam...
pokok pandan member opis bagi, pegaga beli kat pasar lepas tu ambik akar dan cucuk kat tanah...
lepas tu ada daun bawang jugak dan pokok kunyit...

ni hasil selepas 2 minggu...


Alhamdulilah, nampak naik dah semua pokok...
pokok pandan pun dah tumbuh daun baru, pokok pegaga pun dan naik daun...
ha kunyi pun dan ada daun...
suka-suka...
lepas ni ingat nak balik kampung ambik tanah nak tanam kangkung dan bayam pulak...
nak berkebun dengan sayur yang senang-senang dulu...

harap=harap membiaklah tanaman kat kebun mini kak Alycia lepas ni...


1 yang komen:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Selamat bercucuk tanam Alycia..pasni tanam pokok kari lak..sbb antara bhn2 yg biasa kita guna dlm masakan :)

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com